awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
Indonesia bakal larang eksport sisa minyak sawit, utamakan kegunaan domestik - Prabowo
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TPPA tingkat prestasi ekonomi, daya saing negara di platform antarabangsa - Mustapa

Malik Ridhwan, Pritha Manivannan
Malik Ridhwan, Pritha Manivannan
16/10/2015
15:09 MYT
TPPA tingkat prestasi ekonomi, daya saing negara di platform antarabangsa - Mustapa
MUSTAPA: TPPA tidak akan memberi impak negatif yang besar kerana Malaysia ketika ini, ia sudah pun mempunyai 13 Perjanjian Pelaburan Bebas (FTA). -Gambar fail
Perjanjian Perkongsian Transpasifik (TPPA) penting untuk memastikan daya saing Malaysia kekal kukuh.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed memberi jaminan sentimen domestik akan sentiasa dilindungi.
"Saya yakin bahawa TPPA akan meningkatkan prestasi ekonomi negara dan daya saing Malaysia di platform antarabangsa," kata Mustapa ketika ditemui sewaktu program 'Tanya Gomen' di sini, hari ini.
Tambah beliau, TPPA tidak akan memberi impak negatif yang besar kerana Malaysia ketika ini, ia sudah pun mempunyai 13 Perjanjian Pelaburan Bebas (FTA).
TPPA dijangka membantu Malaysia memasuki pasaran AS, Mexico, Chile dan Kanada dengan mudah.
Sementara itu, Mustapa berkata, Malaysia boleh menarik diri daripada TPPA pada bila-bila masa, walaupun selepas pelaksanaannya, jika berasa 'kurang selesa'.
Beliau berkata Malaysia juga tidak akan dikenakan denda atau penalti jika menarik diri daripada perjanjian itu kerana TPPA adalah perjanjian sukarela.
"Bagaimanapun, sekiranya kita menarik diri, kita akan menjadi kurang kompetitif berbanding negara-negara ahli yang lain," katanya.
Beliau berkata, TPPA akan dibentang dan dibahaskan di Parlimen pada pertengahan Januari depan dan hanya akan ditandatangani sekiranya mendapat persetujuan Parlimen.
"Jika ditandatangani, TPPA perlu melalui proses ratifikasi selama dua tahun yang akan melibatkan penggubalan dan pindaan undang-undang untuk diselaraskan dengan TPPA, dan jika undang-undang yang dibentang tidak dipersetujui oleh Parlimen, Malaysia boleh membatalkan perjanjian berkenaan, katanya.
Mustapa juga berkata kandungan TPPA akan didedahkan kepada umum dalam tempoh beberapa minggu lagi bagi memastikan masyarakat mendapat gambaran sebenar mengenai perjanjian itu.
Beliau turut memberi jaminan pelaksanaan TPPA tidak akan menyebabkan kemasukan barangan bawah piawaian ke Malaysia.
"Kita ada dasar-dasar negara, kita ada SIRIM untuk memastikan barang-barang yang diimport mengikuti piawaian. Dasar-dasar ini akan diteruskan," katanya yang menambah jika perkara seumpama berlaku, ia disebabkan penguatkuasaan tidak berkesan.
Topic Berkaitan
#daya saing
#ekonomi negara
#mustapa
#Perjanjian Perkongsian TransPasifik
#TPPA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan