Bursa Malaysia melantun semula untuk dibuka tinggi hari ini mendapat rangsangan daripada kekukuhan di Wall Street dalam dagangan semalaman.

Pada 9.08 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI meningkat 2.8 mata kepada 1,592.62 selepas dibuka 3.54 mata lebih tinggi kepada 1,593.63 berbanding paras penutup 1,589.82 pada Rabu.

"Kami merasakan aliran menurun dijangka mendapat sokongan pada paras 1,580-1,590 dalam tempoh terdekat tetapi dengan beberapa faktor positif, kami juga merasakan sebarang pemulihan boleh diukur dengan paras ketahanan pada 1,600 mata dan kenaikan seterusnya dijangka sukar dicapai dalam tempoh terdekat," katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank naik satu sen kepada RM8.54, Public Bank dan TNB meningkat enam sen setiap satu masing-masing kepada RM20.38 dan RM13.80 dan IHH menokok empat sen kepada RM5.79.

Petronas Chemicals susut satu sen kepada RM6.89.

Dalam kalangan kaunter cergas, SMTrack meningkat setengah sen kepada 23 sen dan Opcom dan KNM menokok 1.5 sen setiap satu masing-masing kepada 65 sen dan 39.5 sen.

Berjaya dan Sumatec susut setengah sen setiap satu masing-masing kepada 25.5 sen dan 2.5 sen.

Di papan skor, Indeks FBM Emas meningkat 7.86 mata kepada 11,221.33, Indeks FBMT 100 naik 7.92 mata kepada 11,058.27 dan Indeks FBM Emas Shariah menokok 3.44 mata kepada 11,771.23.

FBM Ace meningkat 7.93 mata kepada 4,546.2 tetapi FBM 70 turun 37.98 mata kepada 13,792.93.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 39.73 mata kepada 15,392.54, Indeks Perladangan naik 7.29 mata kepada 6,765.18 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menokok 0.07 mata kepada 147.43.

Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 145 berbanding 105, dengan 172 kaunter tidak berubah, 1,554 tidak diniagakan dan 64 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 157.91 juta unit bernilai RM62.12 juta.

-- BERNAMA