Perkembangan ekonomi negara yang baik dan mampan membolehkan syarikat dan badan korporat di negara ini memperoleh lebih keuntungan, sekali gus mampu mengeluarkan lebih banyak zakat untuk dikongsikan dengan golongan memerlukan.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata dasar kerajaan membolehkan ekonomi negara berada dalam keadaan baik, meskipun dalam keadaan ekonomi dunia tidak menentu yang antaranya disebabkan kejatuhan harga minyak.
"Hasil dasar kerajaan, kita masih dapat kembangkan ekonomi dengan baik dalam suku pertama tahun ini walaupun dalam keadaan ekonomi dunia tidak menentu. Ini salah satu kejayaan kita walaupun ramai yang tidak dapat menilai.
"Bila kita berjaya, syarikat dan badan korporat mendapat keuntungan yang besar dan mereka dapat mengeluarkan zakat yang lebih besar dan berkongsi rezeki," katanya.
Najib berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian sumbangan zakat berjumlah RM2.6 juta daripada 11 syarikat korporat yang kemudian disampaikan kepada 6,347 golongan asnaf terdiri daripada warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan ibu tunggal di kawasan Parlimen Pekan di sini hari ini.
Hadir sama isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor yang turut membantu mengagihkan zakat kepada penerima dan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.
Antara penyumbang zakat yang hadir ialah Pengerusi Bank Rakyat Jen (B) Tan Sri Shukry Mohd Salleh, Pengerusi Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) Datuk Seri Saipolbahari Suib dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Naza Corporation Holdings Sdn Bhd SM Nasaruddin SM Nasimuddin.
Turut hadir Pengarah Urusan Roadcare (M) Sdn Bhd Datuk Seri Muzaffar Syah Abd Rahman serta Pengerusi Uda Holdings Berhad Datuk Dr Shafie Abdullah.
Kesemua zakat berkenaan diterima daripada Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad sebanyak RM500,000; Nafas (RM500,000); Safura Holdings (RM500,000); Naza Holding Berhad (RM280,000); Roadcare (M) Sdn Bhd (RM250,000); Uda Holdings Berhad (RM200,00) dan Lembaga Tabung Haji (RM100,000).
Zakat turut disumbangkan oleh SME Bank (RM100,000); Wekajaya Sdn Bhd (RM100,000); Affin Islamic Bank Berhad (RM50,000); Yayasan Basmi Kemiskinan (RM50,000) selain Najib sendiri turut menyampaikan sejumlah sumbangan peribadi.
Najib turut merakamkan penghargaan kepada semua penyumbang zakat yang terlibat kerana memilih untuk menyalurkan bantuan itu kepada golongan asnaf di Pekan yang diharap dapat meringankan bebanan golongan itu membuat persiapan Aidilfitri.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 17 2017
NAJIB: Bila kita berjaya, syarikat dan badan korporat mendapat keuntungan yang besar dan mereka dapat mengeluarkan zakat yang lebih besar dan berkongsi rezeki. - Astro AWANI
Gabung 'soft' dan 'hard policy' untuk didik masyarakat tentang pemakanan sihat - Pakar
Kos sara hidup yang tinggi menjadi antara faktor kenapa masyarakat lebih memilih makanan kurang sihat kerana harganya yang lebih murah.
Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa Tiangong
Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.
Kemas kini Windows 11 papar iklan pada menu Start, bagaimana untuk matikannya?
Microsoft memberi ruang untuk pengguna Windows 11 menyembunyikan paparan iklan berkenaan.
AWANI Ringkas: Ketelusan boleh elak pembaziran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemilik stesen minyak diminta lapor KPDN jika diancam sindiket
Beliau berkata KPDN akan merahsiakan maklumat diterima kerana sedar ada pemilik stesen minyak yang enggan membuat laporan walaupun diancam.
Indeks harga pengeluar Malaysia naik 1.6 peratus
Indeks Harga Pengeluar Malaysia yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, meningkat 1.6 peratus pada Mac 2024.
Kadar penerimagunaan 5G hampir 36 peratus, liputan 80.3 peratus - Fahmi
Kadar penerimagunaan 5G di negara ini telah mencecah hampir 36 peratus setakat pertengahan bulan ini, manakala kadar liputan perkhidmatan itu telah mencapai 80.3 peratus pada Februari lepas.
Kontroversi UM: Mahasiswa tuntut penjelasan atau boikot kuliah
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan dan akan memboikot kuliah pengajian jika tiada reaksi dari pihak pentadbiran UM.
Lima anggota polis disyaki samun berdepan tindakan dalaman
Lima anggota polis antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun warga asing membabitkan wang tunai berjumlah RM260,000, berdepan tindakan dalaman antaranya pertukaran jabatan.
JKDM beli 20 anjing pengesan dadah libat kos RM1.9 juta
JKDM dalam proses perolehan 20 ekor anjing pengesan dadah serta tiga unit mesin pengimbas 'backscatter' dalam usaha perangi dadah.
YBK sasar bantu 200 keluarga pada Ramadan ini
YBK menyasarkan untuk membantu sebanyak 200 keluarga fakir, miskin dan asnaf di negara ini, menerusi program Sinar Kasih Ramadan (SKR) yang akan dilaksanakan pada Ramadan ini.
Aidilfitri: ATM terima sumbangan RM1.27 juta daripada 48 agensi - Ismail Sabri
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sumbangan tersebut diberikan 48 agensi yang terdiri daripada badan korporat, badan berkanun, syarikat swasta dan persatuan sukarela.
Adakah mencetak wang oleh BNM boleh menyelesaikan masalah ekonomi negara?
Satu perkara yang harus disedari ialah sekarang ini, hampir 97 peratus dari wang di dalam sistem kewangan kita bukannya dicipta oleh BNM, tetapi adalah dicipta oleh bank komersial.
Mufti WP saran lebih ramai pihak adakan interaksi melalui program bersama banduan di penjara
Program yang dijalankan mampu menerbitkan harapan kepada banduan dalam usaha menginsafkan mereka yang pernah melalukan kesilapan sekaligus menangkis stigma negatif masyarakat terhadap mereka.
Jawi jangka tempatkan mesin ATM beras di 85 masjid
Rancangan penempatan mesin ATM beras di masijid-masjid itu akan dibincangkan lebih lanjut pada persidangan antara Jawatankuasa Masjid-masjid Wilayah Persekutuan bulan depan.
Keadaan ekonomi mampan bolehkan syarikat korporat keluar lebih banyak zakat - Najib
Dasar kerajaan membolehkan ekonomi negara berada dalam keadaan baik, meskipun dalam keadaan ekonomi dunia tidak menentu yang antaranya disebabkan kejatuhan harga minyak.