Kementerian Kewangan (MoF) menolak sebarang kemungkinan pengubahsuaian bajet meskipun dalam keadaan nilai ringgit yang lemah berbanding dolar AS ketika ini.
Menteri Kewangan Kedua Datuk Johari Abdul Ghani berkata, tidak perlu pengubahsuaian bajet kerana ekonomi Malaysia akan menyesuaikan diri dengan sewajarnya bagi mengatasi pelbagai rintangan, termasuk nilai ringgit yang lemah.
"Asas-asas ekonomi adalah baik. Kita hanya perlu memberi masa kepada semua orang membuat penyesuaian dan kemudiannya pasaran akan pulih semula dan mata wang akan mengukuh semula," katanya kepada pemberita di luar acara Forum Dana Pelaburan Antarabangsa 2017, di sini, hari ini.
Johari berkata satu daripada faktor yang menyumbang kepada kemerosotan nilai ringgit adalah jangkaan bahawa Donald Trump, bakal Presiden AS akan melaksanakan dasar ekonomi dorongan domestik yang akan membawa kepada kenaikan kadar faedah dalam ekonomi terbesar dunia itu.
"Jika kadar hasil (di sana) meningkat, keseluruhan spektrum pelaburan di Asia akan berubah secara perlahan-lahan kerana orang ramai akan mendapatkan hasil yang lebih baik di Amerika Syarikat," katanya.
Johari juga menolak sebarang spekulasi kerajaan memperkenalkan semula kawalan modal kerana ia tidak selari dengan dasar ekonomi terbuka negara.
"Kita tidak akan melakukan tambatan ringgit dan kita tidak akan mengawal aliran modal kita.
"Kita akan membenarkan mana-mana pelabur yang berhasrat untuk menghantar balik dana mereka dari Malaysia, untuk berbuat demikian," katanya.
Forum sehari itu, anjuran Suruhanjaya Sekuriti Malaysia diadakan bersempena dengan pelancaran Pelan Tindakan Pengurusan Pengurusan Dana dan Harta Islam di Malaysia. -- Bernama
Bernama
Thu Jan 12 2017
Johari juga menolak sebarang spekulasi kerajaan memperkenalkan semula kawalan modal kerana ia tidak selari dengan dasar ekonomi terbuka negara. - Gambar fail
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Rumah Terbuka Selangor Sabtu ini
Majlis akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, juadah menarik serta persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air.
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Lelaki parah kereta terbabas langgar pokok
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan muka.
Prestasi mingguan FBM KLCI dan unjuran minggu depan
#NiagaAWANI bersama Ketua Strategi MIDF Research, Syed Muhammad Kifni Syed Kamaruddin bagi membincangkan mengenai prestasi mingguan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI).
Kad Laporan MITI: Mudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & pacu industri
Pengarah Institut Kajian Malaysia & Antarabangsa, UKM, Prof Dr Sufian Jusoh mengulas berkenaan kad laporan MITI yang memberi fokus kepada memudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & memacu industri.
Harta intelek: Ada kesedaran tapi masih ada yang suka curi dan ciplak
Senario menciplak yang masih berleluasa berpunca daripada sikap masyarakat yang menyokong barangan ciplak.
Bajet 2023: Asas kukuh bantu peralihan Malaysia kepada pembaharuan struktur untuk perkukuh daya tahan ekonomi
Pada masa yang sama, negara perlu bersiap siaga di tengah-tengah cabaran luar yang datang dari China, Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom.
Kementerian Kewangan tolak sebarang kemungkinan pengubahsuaian bajet
Tidak perlu pengubahsuaian bajet kerana ekonomi Malaysia akan menyesuaikan diri dengan sewajarnya bagi mengatasi pelbagai rintangan, termasuk nilai ringgit yang lemah.
Asas ekonomi Malaysia kekal utuh, kata Najib
Asas-asas ekonomi Malaysia kekal kukuh, disokong oleh kepelbagaian struktur ekonomi negara dan kestabilan institusi.