awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Proton perluas strategi elektrifikasi dengan menceburi segmen PHEV
Unisel gagal cabar pampasan RM280,875 bekas profesor madya
Malaysia berdepan kekurangan pakar onkologi - Dzulkefly
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Asas ekonomi Malaysia kekal utuh, kata Najib

Bernama
Bernama
09/04/2015
00:08 MYT
Asas ekonomi Malaysia kekal utuh, kata Najib
Asas-asas ekonomi Malaysia kekal kukuh, disokong oleh kepelbagaian struktur ekonomi negara dan kestabilan institusi.
Asas-asas ekonomi Malaysia kekal kukuh, disokong oleh kepelbagaian struktur ekonomi negara dan kestabilan institusi, termasuk sektor perbankan, kata Perdana Menteri.
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata asas ekonomi negara yang kukuh itu diiktiraf oleh badan-badan antarabangsa seperti Forum Ekonomi Dunia, Tabung Kewangan Antarabangsa dan Bank Dunia, yang menyenaraikan Malaysia menghampiri kedudukan teratas bagi jadual daya saing dan mudah menjalankan perniagaan.
"Kita telah mengambil langkah-langkah tegas untuk mengawal inflasi, dan kita telah melihat hasilnya. Walaupun penurunan harga minyak telah menyumbang kepada kadar inflasi yang lebih rendah, kadar bukan minyak berada pada tahap yang sangat rendah.
Inflasi makanan, misalnya, telah susut daripada 3.9 peratus tahun lepas kepada 2.8 peratus pada bulan lepas," kata Najib pada majlis makan malam ulang tahun ke-140 Standard Chartered di sini malam tadi.
Sejak 2009, kadar kemiskinan di Malaysia, kata beliau, telah berkurangan daripada 3.8 peratus kepada satu peratus pada 2014.
Beliau berkata sektor kewangan Malaysia merupakan sebahagian besar daripada kejayaan negara, dan adalah komponen penting kepada ekonomi.
"Terdapat pelbagai keperluan untuk dipenuhi, daripada projek-projek perindustrian, perbandaran dan infrastruktur, dan kita berbangga dengan reputasi perkhidmatan kewangan kita bagi integriti dan kebolehpercayaan," kata Perdana Menteri.
Topic Berkaitan
#asas ekonomi
#Bank Dunia
#Forum Ekonomi Dunia
#Najib Razak
#Tabung Kewangan Antarabangsa
#utuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan