Tutup

Berita  | Bisnes

Malindo Air sahkan tiada model Boeing 737 MAX dalam rantaian pesawatnya

Malindo Air sahkan tiada model Boeing 737 MAX dalam rantaian pesawatnya
Malindo Air mengesahkan ia tidak memiliki pesawat Boeing 737 MAX dalam operasi syarikatnya. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Malindo Air pada Isnin mengesahkan ia tidak memiliki pesawat Boeing 737 MAX dalam operasi syarikatnya.

Syarikat penerbangan Malindo dalam kenyataannya juga berkata ia akan meneliti penghantaran model MAX dalam rantaian pesawatnya.

Kenyataan itu susulan tragedi yang menimpa pesawat Ethiopian Airlines yang terhempas ketika dalam penerbangan dari Addis Ababa ke Nairobi pada Ahad dan mengorbankan kesemua 157 penumpang dan kru.

BACA: Nahas Ethiopian Airlines: 149 penumpang, 8 kru pesawat disahkan terkorban
Nahas ini juga merupakan tragedi kedua melibatkan pesawat jenis Boeing 737 Max 8 dalam tempoh lima bulan selepas pesawat syarikat penerbangan tambang murah Lion Air terhempas Oktober lalu mengorbankan kesemua 189 penumpang dan anak kapalnya.

BACA: Jenis pesawat nahas Ethiopian Airlines sama dengan pesawat Lion Air yang terhempas

Kenyataan media Malindo Air.

Ketua pegawai eksekutifnya Chandran Rama Muthy juga mengucapkan takziah di atas tragedi yang menimpa pesawat Ethiopian Airlines semalam.

"Ingatan dan doa kami buat mereka yang terkesan dengan tragedi ini."

Malindo Air mengendali rantaian 42 pesawat termasuk 29 Boeing 737 NG dan 13 ATR72-600.

Terdahulu, Malaysia Airlines (MAS) dalam kenyataannya memaklumkan syarikat berkenaan tidak menggunakan pesawat jenis 737 Max 8.

MAS dalam kenyataannya pagi tadi berkata ia telah meminta maklumat teknikal daripada Boeing berhubung penghantaran pesawatnya pada 2020.

BACA: Tiga negara gantung khidmat Boeing 737 Max 8



Tag: Malindo Air, Boeing 737 MAX, Chandran Rama Muthy, Addis Ababa ke Nairobi, Ethiopian Airlines, nahas pesawat, pesawat terhempas, Lion Air, Malaysia Airlines, Boeing 737 NG, ATR72-600



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.