Peranan Ketua Pegawai Eksekutif Astro Malaysia Holdings Berhad Datuk Rohana Rozhan dalam memartabatkan peranan wanita diakui Ketua Wanita UMNO Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.

"Dalam lapangan yang luas, peranan dan fungsi wanita di Malaysia diiktiraf, malah oleh Tabung Kewangan Dunia sendiri.

"Hari ini, di balik bangunan yang teguh, wanita terus membina pengaruh. Lihat sahaja Datuk Rohana Rozhan di Astro, Datuk Mohaiyani Shamsudin di Maybank dan terkini, Jessica Chiew yang dilantik sebagai Timbalan Gabenor Bank Negara," kata Shahrizat.

Pengiktirafan ini disampaikan beliau dalam ucapan dasar di Perhimpunan Agung Wanita UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada pagi tadi.