Keyakinan terhadap sektor hartanah Malaysia kekal stabil pada separuh pertama 2017 dengan 36 peratus responden dalam Kaji Selidik Pengguna Malaysia PropertyGuru berpuas hati dengan keadaan pasaran bagi tempoh tersebut.
Sebanyak 24 peratus responden berkongsi pandangan berkecuali manakala persepsi negatif berkurangan kepada 39 peratus berbanding 53 peratus pada suku pertama 2015.
Sentimen itu turut didorong oleh persepsi kestabilan harga untuk semua jenis kediaman di Malaysia, kata PropertyGuru dalam satu kenyataan, hari ini.
"Faktor utama dibangkitkan oleh pengguna yang berpuas hati secara menyeluruh adalah harga hartanah yang beransur-ansur stabil, khususnya bagi kediaman bertanah di pusat bandar utama seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor.
"Ini jelas berbeza dengan kenaikan ketara harga kediaman itu pada tahun-tahun sebelumnya yang turut diburukkan dengan aktiviti spekulasi sehingga menjejaskan pasaran termasuk berlakunya lebihan penawaran bagi kelas hartanah tertentu," katanya.
Pengurus PropertyGuru Malaysia, Sheldon Fernandez berkata pada masa ini, sebahagian besar pasaran hartanah itu merangkumi kalangan pemilik,penghuni atau pelabur jangka panjang.
Malah, kebanyakan harta tanah itu dibeli oleh keluarga atau pasangan baru berkahwin yang memanfaatkan kemudahan pendapatan bersama (mendapatkan pinjaman), sekaligus meningkatkan momentum transaksi jualan dan belian.
"Kediaman yang dibeli pula berada di lokasi jauh dari pusat bandar dan terbukti menjadi aliran utama pada 2016 dan 2017.
"Faktor-faktor sedemikian memacu pembangunan pasaran hartanah yang lebih stabil dengan peningkatan harga yang lebih kecil berbanding beberapa tahun lepas namun lebih stabil serta mampan," katanya.
Menurut Sheldon, sektor hartanah itu bagaimanapun dijangka menyaksikan pertumbuhan lebih perlahan pada separuh kedua 2017 berikutan peningkatan kos sara hidup, penyusutan nilai ringgit dan faktor-faktor lain.
Mengulas impak pilihan raya yang mungkin diadakan tahun ini, beliau berkata rakyat Malaysia secara amnya lebih bersikap 'tunggu dan lihat.'
Berikutan itu, katanya, transaksi berkenaan mungkin akan berkurangan sebelum berlangsungnya pilihan raya itu dan momentum itu dijangka meningkat semula selepas proses berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 25 2017
Sentimen itu turut didorong oleh persepsi kestabilan harga untuk semua jenis kediaman di Malaysia, kata PropertyGuru dalam satu kenyataan, hari ini.- Gambar dalam fail
Pelajar PhD USIM ambil ujian di sebalik runtuhan di Gaza
Pelajar PhD USIM warga Palestin nekad menjalani Ujian Kelayakan yang dijalankan secara dalam talian pada Jumaat walaupun berdepan risiko dibom tentera Zionis pada bila-bila masa.
UMNO dan BN dokong calon PH demi Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Presiden UMNOsedar taktik pihak tertentu yang cuba melaga-lagakan parti pimpinannya dengan parti komponen Pakatan Harapan itu.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Keempat-empat calon itu ialah Khairul Azhari Saut (PN), Pang Sock Tao (PH), Nyau Ke Xin (Bebas) dan Hafizah Zainudin (Parti Rakyat Malaysia).
3 maut, 5 parah nahas dua pacuan empat roda
Tiga maut, lima parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kuala Krai-Gua Musang kira-kira jam 12.30 pagi tadi.
Penunjuk perasaan pro-Palestin di Paris kepung universiti
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengepung bangunan dan kawasan hadpaan Universiti Sciences Po yang berprestij di Paris pada Jumaat.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Youth All Girls raih gangsa di Amerika Syarikat
Pasukan sorak Malaysia Youth All Girls raih gangsa di The 2024 International Cheer Union World Cheerleading Championships (ICU JWCC) di Florida, Amerika Syarikat pada Khamis.
Perkembangan proses penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon pagi tadi di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Malaysia-China bincang perkukuhkan kerjasama sektor pendidikan
Malaysia dan China membincangkan inisiatif strategik bagi memperluas serta memperkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi antara Kuala Lumpur-Beijing sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.
Perdana Menteri ke Riyadh sempena mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja ke Riyadh, Arab Saudi sempena mesyuarat khas forum sedunia World Economic Forum (WEF) bermula 27 hingga 29 April ini.
Persepsi terhadap sektor hartanah Malaysia terus stabil
Keyakinan terhadap sektor hartanah Malaysia kekal stabil pada separuh pertama 2017 dengan 36 peratus responden dalam Kaji Selidik Pengguna Malaysia PropertyGuru berpuas hati dengan keadaan pasaran.