MALAYSIA
3 maut, 5 parah nahas dua pacuan empat roda

Kemalangan maut membabitkan dua pacuan empat roda di Jalan Kuala Krai - Gua Musang pagi Sabtu.
KOTA BHARU: Tiga maut, manakala lima parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kuala Krai - Gua Musang kira-kira jam 12.30 pagi tadi.
Jabatan Bomba dan Penyelamat dalam kenyataan melaporkan, terdapat mangsa yang tersepit dan anggota melakukan kerja-kerja menyelamat dan mengeluarkan mangsa dengan menggunakan Rescue Power Unit.
Menurut kenyataan itu, dua lelaki dan seorang wanita meninggal dunia dalam kejadian itu.
Sinar Harian
Kesemua mangsa yang meninggal diserahkan kepada pihak polis dan mangsa yang parah di hantar ke Hospital Kuala Krai bagi tindakan selanjutnya. - Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami