Pengusaha Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) kini boleh menyemak status kredit mereka secara percuma selama dua bulan.
Semakan boleh dilakukan melalui langganan dua bulan percuma untuk CrediTrack+ yang ditawarkan oleh Experian.
Selain itu, individu juga boleh lakukan yang sama, menyemak status kredit secara percuma malalui langganan JagaMyID.
Experian merupakan syarikat perkhidmatan maklumat yang sebelum ini memperoleh saham majoriti di RAMCI (RAM Credit Information Sdn Bhd).
RAMCI telah dijenamakan semula sebagai Experian pada Disember 2019.
Demi membantu pengguna dan perniagaan Malaysia yang kini menghadapi pandemik COVID-19, Experian menawarkan penyelesaian pemantauan kesihatan kredit dan pengurusan kredit secara percuma dalam menempuhi cabaran masa kini.
Syarikat dan PKS Malaysia boleh mendapat langganan dua bulan percuma untuk CrediTrack+ yang menawarkan penyelesaian untuk pengurusan risiko kredit dan pengutipan hutang selain pengurusan hubungan pelanggan secara digital, perkongsian dan penyimpanan fail selamat serta analisis perniagaan.
“Kami juga menggalakkan syarikat dan PKS supaya berfikir bukan sahaja untuk mengendalikan cabaran semasa, namun turut mengambil pandangan jangka panjang bagi memanfaatkan CrediTrack+ demi meningkatkan kemampuan digital mereka dan mempersiapkan diri untuk peluang pertumbuhan dalam ekonomi digital," kata Ketua Pegawai Eksekutif, Experian Information Services (Malaysia), Dawn Lai,
Ibrahim Sani
Thu Apr 23 2020
CrediTrack and JagaMyID Experian bantu rakyat Malaysia tempuh ketidakstabilan ekonomi semasa pandemik COVID-19. - Gambar EXPERIAN
Pemilik stesen minyak diminta lapor KPDN jika diancam sindiket
Beliau berkata KPDN akan merahsiakan maklumat diterima kerana sedar ada pemilik stesen minyak yang enggan membuat laporan walaupun diancam.
Kadar penerimagunaan 5G hampir 36 peratus, liputan 80.3 peratus - Fahmi
Kadar penerimagunaan 5G di negara ini telah mencecah hampir 36 peratus setakat pertengahan bulan ini, manakala kadar liputan perkhidmatan itu telah mencapai 80.3 peratus pada Februari lepas.
Kontroversi UM: Mahasiswa tuntut penjelasan atau boikot kuliah
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan dan akan memboikot kuliah pengajian jika tiada reaksi dari pihak pentadbiran UM.
Lima anggota polis disyaki samun berdepan tindakan dalaman
Lima anggota polis antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun warga asing membabitkan wang tunai berjumlah RM260,000, berdepan tindakan dalaman antaranya pertukaran jabatan.
JKDM beli 20 anjing pengesan dadah libat kos RM1.9 juta
JKDM dalam proses perolehan 20 ekor anjing pengesan dadah serta tiga unit mesin pengimbas 'backscatter' dalam usaha perangi dadah.
Sultan Selangor berangkat ke majlis bacaan yasin, tahlil di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut.
MOT, Khazanah, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB - PM Anwar
Jelas Anwar lagi, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
Kontroversi UM: Mahasiswa protes, tuntut tindakan tegas pihak jemput profesor pro-Israel
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya (UM) hari ini mengadakan perhimpunan membantah tindakan menjemput penceramah pro-Zionis memberi ceramah di institusi itu baru-baru ini.
[INFOGRAFIK] Penstrukturan Semula Akaun KWSP | Berkuatkuasa 11 Mei 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan Penstrukturan Semula Akaun KWSP.
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis demi keselamatan negara - Zambry
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis perlu dilihat dari aspek keselamatan dan imej negara yang boleh terjejas akibat kenyataan mereka.
PKS, individu boleh semak kredit secara percuma di Experian
Experian, syarikat perkhidmatan maklumat sebelum ini memperoleh saham majoriti di RAMCI (RAM Credit Information Sdn Bhd).