RHB Bank Berhad dan Ambank Group mengumumkan menerima kelulusan Bank Negara untuk memulakan rundingan cadangan penggabungan dua entiti itu.

Dalam satu kenyataan bersama kedua-dua pihak menjelaskan ia kini memasuki fasa rundingan perjanjian eksklusif bagi memuktamadkan terma serta syarat penggabungan.

Kedua-dua bank mempunyai sehingga 30 Ogos 2017 untuk memuktamadkan rundingan.

RHB dan AmBank masing-masing merupakan bank kelima dan ketujuh terbesar di Malaysia berdasarkan permodalan pasaran.

Sekiranya rancangan penggabungan itu berjaya, ia bakal menjadikannya bank keempat terbesar di Malaysia selepas Maybank, CIMB dan Public Bank.