Saham Astro Malaysia Holdings Bhd meningkat 3.7 peratus atau lima sen kepada RM1.39 pada 11 pagi ini selepas pengumuman peningkatan keuntungan bersihnya sebanyak 920 peratus kepada RM169.34 juta dalam suku kedua yang berakhir 31 Julai, 2019.
Kira-kira 2.3 juta unit diurusniagakan dengan saham meningkat sehingga setinggi lapan sen kepada RM1.42.
Bagi tempoh enam bulan pertama, keuntungan bersihnya meningkat kepada RM345.5 juta daripada RM191.31 juta.
Memandangkan keputusan lebih baik daripada dijangkakan bagi tempoh enam bulan tahun kewangan 2020 itu, Affin Hwang Capital Research berkata ia menaikkan anggaran pendapatan teras Tahun Kewangan 2020-Tahun Kewangan 2022 Astro sebanyak 11-13 peratus.
Semakan menaik itu mengambil kira kos operasi rendah terutamanya perbelanjaan berkaitan pemasaran dan kakitangan.
BACA: Kewangan Astro kukuh, PATAMI melonjak 920 peratus
Sejajar dengan peningkatan pendapatan itu, harga sasaran dijana aliran tunai terdiskaunnya juga disemak semula lebih tinggi kepada RM1.62 daripada RM1.50.
"Memandangkan potensi peningkatan 21 peratus kepada harga saham semasa, kami menaikkan saranan saham Astro kepada 'beli' daripada 'tahan' sebelumnya,'" kata firma penyelidikan itu.
Sementara itu, MIDF Research menyemak semula harga sasaran bagi Astro kepada RM1.84 daripada RM1.74 sebelumnya.
"Kami membuat pelarasan menaik kepada unjuran pendapatan Tahun Kewangan 2020, Tahun Kewangan 2021 dan Tahun Kewangan 2022 masing-masing sebanyak 7.8 peratus, 8.5 peratus dan 5.9 peratus kepada RM675.8 juta, RM686.7 juta dan RM696.0 juta apabila kami merendahkan lagi andaian kos kami," kata firma penyelidikan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 13 2019
Affin Hwang Capital Research menaikkan anggaran pendapatan teras Tahun Kewangan 2020-Tahun Kewangan 2022 Astro sebanyak 11-13 peratus. - Gambar fail
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
Saham Astro meningkat 4 peratus selepas pengumuman keputusan suku-2
Kira-kira 2.3 juta unit diurusniagakan dengan saham meningkat sehingga setinggi lapan sen kepada RM1.42.