Samsung Malaysia Electronics bakal memberikan pilihan kepada pengguna yang memilik Galaxy Note7 sama ada menerima pemulangan wang atau menggantikan dengan model S7 edge.
Dalam satu kenyataan hari ini, Samsung turut menggesa pengguna sedia ada untuk tidak menggunakan telefon pintar berkenaan.
"Pilihan pemulangan wang atau penggantian model kepada S7 edge akan diberikan kepada pemilik sekiranya mereka memulangkan model Note7," katanya dalam satu kenyataan.
Mereka yang membuat tempahan awal akan dihubungi bermula 13 Oktober 2016 termasuk dari penyedia perkhidmatan rangkaian mudah alih atau rakan pengedar lain berkaitan proses pemulangan wang atau penukaran model.
Samsung Malaysia berkata keselamatan pengguna adalah keutamaannya dan pengguna boleh menghubungi khidmat pelanggan di talian 1-800-88-7799 bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum proses penukaran dilakukan.
Samsung pada Selasa mengumumkan penghentian serta merta pengeluaran Note7 selepas laporan kebakaran bateri terbaru dalam model yang ditambah baik.
Ia turut mengarahkan pengedar seluruh dunia menghentikan penjualan dan menasihatkan pengguna berhenti menggunakan model tersebut.
Samsung pada September memanggil kembali semua model Note7 selepas berpuluh laporan kebakaran bateri dilaporkan seluruh dunia ketika telefon dicas.
Ia kemudian melancarkan kembali versi terbaru Note7 di Korea Selatan, namun laporan kebakaran bateri pada model terbaru masih wujud, memaksa gergasi teknologi itu menghentikan sepenuhnya pengeluaran dan penjualan model berkenaan.
Note7 merupakan model kelas teratas telefon pintar Samsung yang sepatutnya bersaing dengan model dari gergasi teknologi Apple Inc., iPhone 7 dan iPhone 7 Plus.
Najib Aroff
Wed Oct 12 2016
Note7 merupakan model kelas teratas telefon pintar Samsung yang sepatutnya bersaing dengan model dari gergasi teknologi Apple Inc., iPhone 7 dan iPhone 7 Plus. - Foto REUTERS / Beawiharta
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Rumah Terbuka Selangor Sabtu ini
Majlis akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, juadah menarik serta persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air.
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Lelaki parah kereta terbabas langgar pokok
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan muka.
Murid 12 tahun di Halia meninggal dunia selepas bateri telefon meletup di muka
Kejadian mengejutkan itu berlaku di Kampung Matwar, Halia, India.
Samsung Malaysia ganti Note7 dengan S7 edge
Samsung Malaysia Electronics bakal mengantikan model Galaxy Note7 dengan S7 edge bermula minggu depan.
Kenal pasti Galaxy Note7 baharu dengan ikon bateri berwarna hijau - Samsung
Samsung Malaysia Electronics (SME) Sdn Bhd berkata Samsung telah mula menggantikan Galaxy Note7 dengan pembuatan bateri standard.