Sime Darby Bhd melantik Mohamad Idros Mosin sebagai Pengarah Bukan Bebas dan Bukan Eksekutif berkuat kuasa serta-merta.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Khamis, Sime Darby berkata Mohamad Idros, 46, ketika ini juga Naib Presiden Kanan Permodalan Nasional Bhd (PNB) dengan peranan utama menumpukan pada perumusan dan pelaksanaan inisiatif bagi pelan pewujudan nilai melibatkan senaraian awam strategik dan syarikat pelabur teras PNB.

Beliau juga ialah wakil PNB dalam lembaga pengarah Valuecap Sdn Bhd dan SJM Flex (M) Sdn Bhd.

Sementara itu, Datin Paduka Kartini Abdul Manaf bersara sebagai Pengarah Bukan Bebas dan Bukan Eksekutif Sime Darby berkuat kuasa Khamis.

-- BERNAMA