awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas

Sinar Harian
Sinar Harian
27/04/2024
00:15 MYT
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas motosikal ditunggang rempuh kenderaan pacuan empat roda brek mengejut elak wanita lintas jalan di Kilometer 98.6 LPT1 arah timur pada Jumaat.
TEMERLOH: Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut selepas terlanggar belakang sebuah kenderaan pacuan empat roda dalam nahas di Kilometer 98.6 Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) arah timur di sini pada Jumaat.
Dalam nahas itu, mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Berdasarkan video tular, motosikal ditunggang mangsa terpelanting sebelum tercampak ke atas ruang muatan kenderaan yang dirempuh.
Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian kira-kira jam 4.45 petang.
Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ekoran tindakan seorang wanita yang memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Mitsubishi Pajero Sport berhenti di bahu jalan sebelum bertindak melintas dari kiri ke kanan lebuh raya.
Menurutnya, tindakan wanita berusia 35 tahun itu menyebabkan pemandu kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton terpaksa menekan brek secara mengejut.
Keadaan motosikal mangsa yang tercampak ke atas bahagian muatan kenderaan pacuan empat roda yang dirempuh dalam kemalangan di Kilometer 98.6 LPT1 arah timur pada Jumaat.
Keadaan motosikal mangsa yang tercampak ke atas bahagian muatan kenderaan pacuan empat roda yang dirempuh dalam kemalangan di Kilometer 98.6 LPT1 arah timur pada Jumaat.
"Pada masa yang sama, mangsa yang menunggang motosikal jenis Suzuki GSX-R1000 dari arah belakang gagal mengelak lalu terus melanggar bahagian belakang kenderaan tersebut.
"Mangsa terjatuh di lorong laju, manakala motosikalnya tercampak ke bahagian belakang Mitsubishi Triton yang dirempuhnya," katanya.
Mazlan berkata, akibat kemalangan itu, mangsa yang parah di bahagian dada disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
"Susulan kejadian, tangkapan telah dibuat ke atas wanita pemandu SUV dan penumpang, seorang lelaki warga China berusia 37 tahun untuk siasatan lanjut.
"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan kerana cuai hingga menyebabkan kematian," ujarnya.
Beliau berkata, hasil ujian saringan air kencing ke atas pemandu dan penumpang SUV yang ditahan didapati negatif dadah. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kemalangan
#motosikal berkuasa tinggi
#pemuzik DBKL maut
#Lebuhraya Pantai Timur 1
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan