Syarikat Malaysia masih enggan membuat pelaburan dalam digitalisasi, walaupun kesedaran semakin meningkat, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Chua Tee Yong.
Beliau berkata, ia perkara biasa di kebanyakan negara, terutama dalam penerimaan Industri 4.0, oleh itu kerajaan berhasrat untuk mempunyai pelan induk bagi menyesuaikan rancangan lima tahunnya dan bajet bagi menggalak syarikat itu menerima digitalisasi.
"Kami lebih prihatin dengan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) kerana syarikat besar lebih peka dengan trend pasaran. Untuk kemampanan mereka (PKS), mereka perlu berubah ke arah digitalisasi," katanya kepada pemberita pada Persidangan Siemens bertema "Membentuk Digitalisasi - Malaysia dan Siemens", di sini hari ini.
Chua berkata, menurut satu kajian oleh SME Corporation mengenai PKS dari segi penggunaan Internet dan kesediaan digitalisasi setahun lalu, kesedaran mereka telah meningkat daripada 18 peratus kepada kira-kira 30 peratus.
Pembabitan berterusan dengan kerajaan dan agensinya telah membantu PKS untuk menyedari mengenai keperluan perubahan kerana revolusi perindustrian keempat bukan lagi satu kemungkinan, katanya.
"Sesetengah perniagaan masih menganggap yang Industri 4.0 tidak akan berlaku kerana kerajaan boleh menghalang angan perubahan dalam keseluruhan persekitaran perniagaan," katanya.
Chua berkata, akan wujud pelbagai cabaran, malah sekatan dari segi infrastruktur dan kesediaan ekosistem, pembiayaan, insentif dan pembangunan modal insan yang penting.
"Oleh itu, adalah penting untuk memahami dan menganalisis kekuatan kita secara berterusan bagi mengenal pasti dasar sokongan terbaik yang boleh kerajaan bantu dan tawarkan dalam anjakan paradigma ini," tambah beliau.
Sementara itu, Anggota Lembaga Pengurusan Siemens AG Untuk Rantau Asia/Australia, Cedrik Neike berkata, Siemens bukan sahaja merancang untuk mendigitalisasi keupayaannya tetapi lebih kepada membuka ekosistem dalam bekerjasama dengan negara tuan rumah mereka dan ini termasuk melibatkan banyak PKS.
Bahagian terbesar digitalisasi ialah idea membina eksosistem di mana syarikat besar boleh membantu memberi dorongan dan PKS boleh menerima dan menjadikannya lebih besar, katanya.
Nieke menyifatkan tahap kemahiran Malaysia sebagai "OK" dengan graduan baharu mempunyai pendidikan lebih baik mengenai teknologi digital tetapi pekerja sedia ada perlu diberi kemahiran semula bagi menghadapi era baharu.
Menurutnya, set kemahiran pekerja sedia ada perlu dipertingkatkan ke tahap seterusnya, jika tidak perniagaan tidak akan dapat bergerak ke platform seterusnya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 12 2017
CHUA: Kami lebih prihatin dengan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) kerana syarikat besar lebih peka dengan trend pasaran. - Gambar fsil/Astro AWANI/Shahir Omar
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Syarikat Malaysia enggan melabur dalam digitalisasi - Chua
Syarikat Malaysia masih enggan membuat pelaburan dalam dalam digitalisasi, walaupun kesedaran semakin meningkat, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Chua Tee Yong.