Vistage membantu mana-mana ketua pegawai eksekutif (CEO) yang berintegriti tinggi untuk membuat keputusan yang hebat sekali gus memanfaatkan syarikat, keluarga dan komuniti.

Mentor, Vistage Malaysia, Datuk Indra Gunawan Alamshah menjelaskan, ia sekali gus membantu ahli untuk berkembang secara peribadi dan profesional selain membantu ahli mengoptimumkan kejayaan perniagaan.

"Pertama ialah orang-orang seperti saya yang bertindak berdasarkan pengalaman CEO, yang kedua ialah kumpulan rakan sebaya dalam kumpulan yang mempunyai 16 orang ahli.

"Ketiga ialah penceramah iaitu mereka yang pakar dalam perkara-perkara yang kita bincangkan kepada ahli-ahli dalam kumpulan sebulan sekali. Keempat adalah e-village. Kami kini mempunyai 23,000 ahli di 22 negara di seluruh dunia," katanya.

Indra berkata demikian semasa ditemui pada CEO Summit di sini, pada Jumaat.

Vistage adalah organisasi antarabangsa untuk CEO dan pemilik perniagaan yang bertemu setiap bulan untuk ahli-ahlinya saling membantu antara satu sama lain dalam menjalankan syarikat mereka dengan lebih berkesan.

Bermula pada tahun 1957, Vistage telah berkembang dengan kini mempunyai ibu pejabat antaranya di Amerika Syarikat, Argentina, Australia, Brazil, Kanada, Chile, China, Jerman, Ireland, Malaysia, Mexico dan New Zealand.

Dalam pada itu, Pengarah Urusan, Tokai Engineering (M) Sdn Bhd, Claudine Lau berkata, Vistage menjadikannya pemimpin yang melihat masa depan yang lebih multi-dimensi.

"Pembangunan kepemimpinan pada dasarnya adalah dua komponen yang berbeza, tetapi pada masa yang sama ia bersama-sama. Sebagai pemimpin, anda mesti menjadi seorang yang dapat melibatkan diri dengan orang yang anda bekerja dengannya. Itu yang paling penting," jelasnya.

Nada sama diberi Pengarah, Alex Steward International (Malaysia) Sdn Bhd, Krishnan Vadivelu.

"Vistage menjadikan mereka menjadi CEO yang lebih baik, boleh membuat keputusan yang lebih baik dan mendapatkan hasil yang lebih baik. Dalam kepimpinan, prestasi adalah penting, untuk diri sendiri, untuk keluarga, untuk perniagaan dan di banyak negara, kepemimpinan menjadikan negara lebih baik atau sebaliknya.

"Jadi saya rasa menyertai Vistage adalah idea yang baik untuk CEO yang membuat diri mereka lebih baik dan menjadi seorang CEO yang baik, anda boleh menjalankan dan mentadbir sebuah syarikat dan juga masyarakat," ujarnya.

Vistage Malaysia memulakan Kumpulan Vistage pertama pada November 1994 di Kuala Lumpur.