Sebuah pesawat ringan terhempas di kawasan hutan di Guanacaste, barat laut Costa Rica pada Ahad mengorbankan kesemua 12 penumpang dan akan kapal.

Sepuluh lagi mangsa merupakan warga Amerika Syarikat sementara dua orang lagi merupakan kru penerbangan warga tempatan.

Bangkai pesawat Berjaya ditemui pasukan bomba dan penyelamat dalam keadaan masih terbakar.

Pihak berkuasa memaklumkan hanya memiliki senarai nama penumpang yang dibekalkan syarikat penerbangan dan masih menunggu pengesahan rasmi identiti mereka.

Lima daripada mangsa merupakan lima beranak yang dalam percutian di Costa Rica.

Mereka terdiri pasangan suami isteri Bruce dan irene Steinberg serta tiga anak lelaki mereka Matthew, William dan Zachary yang menetap di Scarsdale.

Sementara itu Pengarah Penerbangan Awam Costa Rica Enio Cubillo mengesahkan pesawat Nature Air yang disewa khas itu berlepas pada tengahari Ahad dari Punta Islita menuju ke San Jose sebelum terhempas.

Pesawat berkenaan tiba di Punta Islita dari San Jose pada pagi hari sama namun terpaksa menangguhkan penerbangan balik kerana cuaca buruk.

Beliau turut mengesahkan identiti juruterbang pesawat malang itu sebagai Juan Manuel Retana, seorang yang amat berpengalaman.

Bekas Presiden Costa Rica Laura Chinchilla menerusi Twitter mengesahkan Retana adalah anak saudaranya.