RIBUT yang membadai pantai Brazil pada Selasa mengakibatkan tanah runtuh dan mengorbankan sekurang-kurangnya 12 orang, sementara 46 lagi masih hilang.

Pihak berkuasa pertahanan awam Sao Paulo berkata kematian dilaporkan berlaku di Guaruja, Santos dan Sao Vicente.

Sementara itu, pihak berkuasa negeri dalam satu kenyataan memaklumkan lebih 5,000 mangsa terpaksa dipindahkan dari kediaman masing-masing.

Hujan dijangka berterusan sehingga Selasa di sepanjang pantai Sao Paulo.

Terdahulu, banjir melanda beberapa bahagian di Rio de Janeiro pada Ahad dan Isnin, mengakibatkan beberapa orang turut dilapor terkorban.