Tentera Israel membunuh dua penduduk Palestin dan mencederakan ramai mangsa lain yang menyertai tunjuk perasaan di sempadan Gaza, pada Jumaat.

Pasukan perubatan berkata, rejim Israel menembak mati dua lelaki dan mencederakan sekurang-kurangnya 270 penduduk Palestin yang lain, 50 daripada mereka terkena peluru hidup.

Kira-kira 20,000 penduduk menyertai tunjuk perasaan yang diadakan beberapa ratus meter dari pagar sempadan, puluhan penunjuk perasaan dilaporkan mara membawa tayar yang dibakar. - Agensi