Sekurang-kurangnya 21 orang terbunuh selepas kejadian tanah runtuh di bandar Naga, Cebu, Filipina.

Menurut pihak berkuasa, antara yang terkorban termasuk golongan tua dan kanak-kanak.

Tujuh mangsa ditarik keluar oleh pasukan penyelamat selepas mangsa menghantar mesej, memaklumkan kedudukan mereka.

Tanah runtuh itu dilaporkan menimbus lebih kurang 30 kediaman di perkampungan ini.

Datuk Bandar Naga, Kristine Vanessa Chiong, turut memberitahu, 64 mangsa masih hilang.

Tanah runtuh melanda beberapa wilayah utara Filipina dan berhadapan dengan kematian serta kerosakan susulan Taufan Mangkhut.

Sehingga kini, 88 orang disahkan terkorban sementara lebih daripada 60 yang lain masih hilang.