JERTIH: Orang ramai sanggup berbaris panjang sebelum pukul 7 pagi tadi untuk membeli daging lembu segar yang dijual dengan harga runtuh RM18 sekilogram (kg) di sebuah gerai di Kampung Gong Kemuntong di sini.
Seorang pembeli, Noraini Idris, 58, berkata walaupun dia tahu gerai daging itu akan dibuka pada 8 pagi, dia mengambil keputusan keluar dari rumahnya di Kampung Padang Luas di sini pukul 6.40 pagi bagi memastikan tidak terlepas peluang mendapatkan daging lembu dengan harga semurah itu.
"Harga yang dijual ini ialah harga pasaran bagi jualan daging lembu pada 2000 kerana harga semasa daging lembu di sini sekarang sudah RM33 ke atas," katanya ketika ditemui Bernama hari ini.
Dalam pada itu, peniaga daging Zamani Nawawi, 50, berkata harga daging segar itu adalah yang terendah berbanding harga pasaran yang pernah dijualnya.
"Sebanyak tiga ekor lembu disembelih untuk dijual pada harga berkenaan dan daging habis dijual tidak sampai satu jam," katanya.
Zamani berkata dia menghantar ketiga-tiga lembu itu untuk disembelih di pusat penyembelihan lembu Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) daerah Besut di Gong Medang di sini pada 2 pagi tadi.
Sebaik tiba di gerai jualan dari tempat penyembelihan, dia mendapati orang ramai telah beratur menunggu untuk membeli daging.
"Saya terpaksa hadkan setiap orang hanya boleh beli tiga kilogram bagi memberi peluang lebih ramai mendapatkannya.
"Saya jual dengan harga murah kerana ingin bersedekah sambil berniaga. Saya rasa gembira kerana ramai masyarakat di daerah ini dapat membeli daging lembu segar meskipun saya memperoleh untung sedikit," katanya yang telah berniaga daging sejak 30 tahun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 10 2024
Seorang pembeli membeli kaki lembu yang dijual dengan harga RM50 setiap satu selain membeli daging segar yang dijual hanya RM18 sekilogram di Gong Kemuntong, kelmarin. - Foto BERNAMA
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Beratur panjang demi daging RM18 sekilogram
Orang ramai sanggup berbaris panjang sebelum pukul 7 pagi tadi untuk membeli daging lembu segar yang dijual dengan harga runtuh RM18 sekilogram (kg) di sebuah gerai di Kampung Gong Kemuntong di sini.
Bekalan daging lembu di Agro Bazar dijamin bebas penyakit FMD
Pengguna tidak perlu bimbang dengan kualiti daging berkenaan kerana sudah disahkan bebas penyakit itu daripada Jabatan Veterinar.