Selepas enam bulan dilahrikan, dua ekor anak panda gergasi yang dilahirkan di China, akhirnya diberi nama.
Taman Haiwan Liar Shanghai, dalam satu kenyataan berkata, anak panda jantan yang lahir 4 Oktober tahun lalu diberi nama 'Xuebao' manakala, anak panda betina yang lahir enam hari kemudian diberi nama 'Qianjin'.
Kedua-dua anak panda tersebut, Xuebao dengan berat 20kg dan Qianjin dengan berat 17kg, berada dalam keadaan sihat.
Menurut Timbalan Ketua Jabatan Pengurusan Taman Haiwan Liar Shanghai, Yu Jinhua, anak panda yang telah diberi nama akan memudahkan proses penjagaannya.
"Dengan pemberian nama ini, proses penjagaan seperti melatih dan memberi mereka makan akan lebih mudah. Hubungan antara mereka dan penjaga juga akan bertambah baik," katanya seperti yang dilaporkan AP.
Kedua-dua anak panda gergasi itu kini menjadi perhatian di taman itu.
Pengunjung diberi peluang untuk memberi nama kepada anak panda tersebut melalui kempen pemilihan nama yang dianjurkan, dan lebih 5,000 nama telah disenaraikan.
Menurut laporan portal tempatan, Shine.cn, Xue Bow bermaksud suci dan berharga selain membawa maksud kesuburan yang baik.
Qianjin pula membawa maksud kesihatan yang baik, kesopanan, keanggunan dan keindahan.
Nursyazwani Saiful Sham
Thu Apr 26 2018
Xuebao dan Qianjin dilaporkan berada dalam keadaan sihat. - Taman Haiwan Liar Shanghai
Pengasuh ditahan bantu siasatan bayi tujuh bulan meninggal dunia
Wanita berusia lingkungan 30-an itu direman hingga 10 Mei ini untuk siasatan lanjut.
'Lawatan Sultan Ibrahim pemangkin hubungan lebih kukuh' - Speaker Parlimen Singapura
Kehadiran YDP Agong bakal menjadi pemangkin hubungan yang lebih kukuh di antara dua negara, kata Speaker Singapura Seah Kian Peng
2 maut, lebih 20 cedera dalam serangan pisau ke atas hospital di China
Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh manakala 23 lagi cedera dalam serangan menggunakan pisau di sebuah hospital di wilayah barat daya Yunnan di China.
Pantau Agenda Reformasi: NACS 2024-2028 - Strategi baharu perangi rasuah
Malaysia rugi RM277 bilion dalam tempoh lima tahun akibat rasuah
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan bahawa negara kerugian RM277 bilion akibat jenayah rasuah dalam tempoh lima tahun lepas.
Fitnah Sultanah Terengganu: Rewcastle-Brown diarah hadir prosiding rayuan
Mahkamah Tinggi mengarahkan Rewcastle-Brown, hadir ke mahkamah dalam pengurusan kes rayuannya.
Pemilik kedai perkakas rugi RM3.4 juta terpedaya skim simpanan tetap
Seorang warga emas yang juga pemilik kedai barangan perkakasan kerugian sebanyak RM3.4 juta selepas menjadi mangsa penipuan skim simpanan tetap.
[TERKINI] Speaker Dewan Negara Mutang Tagal masih dirawat di IJN
Pihak pejabat Yang Di-Pertua Dewan Negara memohon semua pihak agar tidak membuat spekulasi dan menyebarkan maklumat tidak sahih tentang status kesihatan Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Mutang Tagal.
Niaga AWANI: Forum Putrajaya 2024 buka ruang perkongsian maklumat bantu kurangkan jurang kepakaran
Forum Putrajaya 2024 buka ruang perkongsian kepakaran dan maklumat daripada negara lain bagi mengurangkan jurang kepakaran dalam menanggani cabaran isu keselamatan bukan tradisional.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
AWANI Ringkas: Rasuah makin menjadi-jadi, negara rugi ratusan bilion
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Suasana pilu iringi penghantaran pulang Yi Yi, Sheng Yi ke China
Keletah dua anak panda itu sentiasa menjadi penghibur kepada pengunjung yang tertarik dengan kecomelan haiwan itu.
Anak panda semakin lincah, sambut ulang tahun pertama
Keletah anak panda betina kedua kepada pasangan panda gergasi Xing Xing dan Liang Liang dari China pada sambutan ulang tahun pertamanya hari ini nyata mencuit hati pengunjung.
Nama anak panda kedua ditentukan berdasarkan cadangan orang ramai - Bai Tian
Nama anak panda betina kedua pasangan panda gergasi Xing Xing dan Liang Liang akan ditentukan berdasarkan cadangan pengguna media sosial.
Anak panda gergasi China diberi nama 'Xuebao' dan 'Qianjin'
Selepas enam bulan dilahrikan, dua ekor anak panda gergasi yang dilahirkan di China akhirnya diberi nama.
Anak panda sihat - Wan Junaidi
Anak panda, yang dilahirkan oleh panda gergasi Liang Liang di Pusat Konservasi Panda Gergasi (GPCC), sedang membesar dengan baik.