SEBUAH kedai kek dan roti di bandar Makassar, Indonesia, mencetuskan kekecohan apabila enggan menerima tempahan pelanggan yang mahukan perkataan Selamat Hari Krismas atau Merry Christmas ditulis pada kek yang dipesan.
Bakeri dengan nama The Chocolicious Indonesia itu memuat naik satu status memohon maaf kerana tidak dapat memenuhi tempahan sedemikian, di akaun Instagram mereka, pada Ahad.
Dalam permohonan maaf itu, bakeri itu memaklumkan tindakan itu dibuat atas dasar 'prinsip agama', dan mereka menyediakan papan coklat dan kad ucapan sebagai ganti.
"Kami tetap menyediakan kad ucapan dan papan coklat sebagai kelengkapan pesanan. Anda bebas memberikan ucapan sendiri," tulis bakeri itu dalam permohonan maaf tersebut.
Memiliki 39,000 pengikut di Instagram, status berkenaan menerima lebih 22,000 likes dan 26,000 komen, namun pemeriksaan terbaharu mendapati ruangan komen telah pun ditutup.
Madiha Abdullah
Sun Dec 24 2017
The Chocolicious Indonesia memuat naik satu status memohon maaf kerana tidak dapat memenuhi tempahan sedemikian, di akaun Instagram mereka, pada Ahad. - Instagram/chocoliciousindonesia
Kes cubaan bunuh digugur, keluarga mohon penjelasan AGC
Ahli keluarga kepada bekas anggota polis, Koperal Muhamad Khairul Syafiq Ahmad yang lumpuh selepas dilanggar sewaktu bertugas mengejar penjenayah meminta penjelasan Jabatan Peguam Negara (AGC) susulan kes cubaan membunuh dibawah Seksyen 307 kanun keseksaan digugurkan.
Mengambil manfaat daripada kisah lampau menerusi ziarah luar
Beberapa kepentingan Ziarah Luar termasuk mengambil pengajaran tentang sirah atau sejarah Rasulallah untuk dimanfaat secara bersama dalam konteks hari ini diterapkan semasa program Ziarah Luar yang dirangka Tabung Haji kepada petugas yang menjalankan operasi sempena musim haji tahun ini, 1445H/2024M.
Polis buru dua suspek kes tembak di Pasir Mas
Polis sedang memburu dua suspek disyaki terlibat dalam kes tembakan di Kampung Alor Pinggan, Gelang Mas, Kelantan pada awal pagi Sabtu.
Kedudukan Malaysia perlu dilihat secara menyeluruh
Laporan Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 yang disiarkan Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) mengenai kedudukan terkini Malaysia perlu dilihat dalam konteks yang menyeluruh.
MB zahir terima kasih atas komitmen PM bangunkan Kedah
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan di atas kesediaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendengar dan meluluskan permintaan Kedah berkaitan projek-projek pembangunan di negeri ini.
PM arah TPM cari solusi tingkat pelajar TVET
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut meminta TPM, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk mencari jalan penyelesaian dalam menangani kekurangan pelajar TVET bagi memeuhi permintaan industri berteknologi tinggi.
Masalah di Kedah selesai dalam tempoh dua bulan- PM
Kerajaan Persekutuan memberikan komitmen untuk menoktahkan masalah miskin tegar membabitlan 2,500 keluarga di negeri Kedah dalam tempoh dua bulan.
China padam impian Malaysia beraksi di pentas final
Hasrat Malaysia untuk menamatkan kemarau 32 tahun menjulang Piala Thomas tidak kesampaian apabila tewas kepada tuan rumah China, 1-3 dalam aksi suku akhir edisi 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 4 Mei 2024.
14 terkorban, banjir dan tanah runtuh di Sulawesi Selatan
Pasukan mencari dan menyelamat kebangsaan Indonesia (Basarnas) mengesahkan 14 terkorban susulan banjir dan tanah runtuh yang melanda Kabupaten Luwu di wilayah Sulawesi Selatan pada Jumaat.
Kek vintaj 'Buttercream' bangkitkan nostalgia zaman kanak-kanak
Kek span gebu yang dihiasi krim mentega dalam bentuk bunga atau watak kartun popular pada era itu merupakan kek pilihan orang ramai.
[LAPOR LANGSUNG] DIARI LOCKDOWN: Tiada alasan untuk tidak terus berusaha - Awin
Bakeri yang diusahakan Nur Azurin Hussin, atau lebih mesra disapa sebagai Awin, dibuka seperti biasa hari ini.
Kedai bakeri di Jerman jual 'vaksin' berperisa
'Vaksin' yang dimaksudkan itu adalah suntikan jem menggunakan picagari besar yang akan dimasukkan ke dalam produk bakerinya.
Pusat Kulinari Negara bakal ditubuh di Jerantut - Ahmad Nazlan
Cadangan penubuhan pusat itu di Jerantut akan dibentangkan kepada kerajaan dalam masa terdekat.
Kedai jual bahan bakeri di Sarawak dibenarkan beroperasi Rabu dan Jumaat
Kedai dan premis menjual barangan keperluan membuat kuih di Sarawak dibenarkan beroperasi selama dua hari iaitu Rabu dan Jumaat.
Perintah Kawalan Pergerakan: Soalan yang sering ditanya dalam sektor peruncitan
Ketahui jawapan kepada soalan yang lazim ditanya berhubung sektor peruncitan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan.
Bakeri cetus kekecohan, enggan tulis 'Selamat Hari Krismas' pada kek
The Chocolicious Indonesia memaklumkan tindakan itu dibuat atas dasar 'prinsip agama'.
Tiada pengalaman, Datuk Fazley panik disuruh jadi ketua bakeri
Datuk Fazley bakal muncul sebagai ‘Ketua Bakeri & Pastri’ dalam program realiti terbaru Semanis Fondant.