SERIAU dan mendebarkan!

Itu adalah perasaan yang dapat digambarkan apabila seorang lelaki nyaris melanggar seorang bayi ketika dalam perjalanan ke Sekolah Banmai Klong-angwa di Ban Rai, di Thailand.

Kejadian tular selepas seorang guru yang dikenali Kittithorn Jadaeng memuat naik status di Facebook pada Sabtu lalu.

Kittithorn dikatakan dalam perjalanan ke sekolahnya bagi mengawasi peperiksaan.

Secara tiba-tiba, dia ternampak kelibat seorang bayi merangkak ke arah tengah jalan raya itu sebelum menekan brek keretanya.

Dia kemudian keluar dari kereta dan mendukung bayi tersebut sebelum terkejut mendapati bapa bayi itu sedang tidur lena di rumah.

"Bayi itu hampir berada di tengah jalan raya. Saya tidak dapat bayangkan apa akan terjadi sekiranya ada kereta lain dipandu dengan laju," luah Kittithorn.

Status Kittithorn di laman Facebooknya menerima pelbagai reaksi netizen.