IPOH: Ipoh bakal membangunkan aplikasi penstriman digital televisyen (TV) yang menayangkan pelbagai filem dan bahagian, sebagaimana konsep Netflix.
Datuk Bandar, Datuk Rumaizi Baharin berkata, idea itu kelak akan direalisasikan menerusi kerjasama Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan syarikat di bawah naungan pengarah filem terkenal, Datuk Afdlin Shauki.
Jelasnya, kemungkinan besar cadangan dan konsep itu akan dilaksanakan bermula tahun ini.
"Kita hendak gerakkan industri kreatif ini di Ipoh ia merupakan sumber pendapatan ekonomi baharu, pada pandangan saya, saya mahu buat seperti Netflix.
"Bentuk digital TV kerana ini adalah masa depan untuk industri, kita bekerjasama dengan syarikat Afdlin Shauki.
"Ipoh sebelum ini diiktiraf sebagai Bandaraya Kreatif Muzik UNESCO (UCCN), ada tujuh bahagian dalam aplikasi itu nanti termasuk bahagian untuk jualan barang," katanya.
Beliau berkata kepada demikian kepada pemberita ketika mengulas intipati kunjung hormat dan perbincangan industri digital oleh Afdlin di MBI baru-baru ini.
Tambahnya, menggunakan pendekatan sama dengan khidmat penstriman lain, ia bakal dikenakan bayaran berdasarkan jenis filem yang ditonton.
"Kalau kita ambil contoh Astro, kena bayar bulanan. Tetapi konsep yang kita mahu ketengahkan sebagai contoh anda bayar RM1 untuk satu filem.
"Apa pun konsepnya masih dalam perbincangan, termasuk filem yang akan diketengahkan.
"Kita mulakan dulu, saya selalu bayangkan Ipoh mungkin akan jadi seperti Bollywood, kalau lihat industri kreatif di sana memang besar," katanya lagi.
Sebelum ini, Afdlin yang juga merangkap Pengerusi Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) mengadakan perbincangan dengan Rumaizi mengenai industri digital dan penyiaran sempena pengiktirafan Ipoh sebagai sebagai Rangkaian Bandar Kreatif UNESCO bagi kategori muzik.
Aida Aziz
Fri Apr 26 2024

Rumaizi (kanan) menerima kunjungan Afdlin di pejabat Majlis Bandaraya Ipoh, baru-baru ini. - Gambar Astro AWANI
AWANI Ringkas: Gema suara Malaysia di ICJ
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 29 April 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 29 April 2025
1️⃣ Gema suara Malaysia di ICJ
2️⃣ Kadar tarif Trump tidak akan berpanjangan
3️⃣ Pemilihan PKR 2025
#awaniringkas
1️⃣ Gema suara Malaysia di ICJ
2️⃣ Kadar tarif Trump tidak akan berpanjangan
3️⃣ Pemilihan PKR 2025
#awaniringkas
Energy Asia 2025
Delivering Asia’s Energy Transition

Lelaki rugi lebih RM100,000 ditipu pelaburan patuh syariah
Mangsa lelaki berusia 57 tahun telah diperkenalkan oleh rakannya mengenai syarikat pelaburan berkenaan pada 29 Jan 2023.
Prestasi S&P 500: Setakat 29 April 2025
MarketWatch menyediakan tinjauan menyeluruh mengenai Indeks S&P 500, merangkumi berita terkini pasaran saham, data dagangan, dan analisis pergerakan pasaran. Saham dalam Indeks Standard & Poor’s 500 dikategorikan mengikut sektor dan industri, memudahkan pemahaman corak prestasi pasaran. Saiz setiap saham mencerminkan permodalan pasaran, menunjukkan kekuatan dan kedudukan syarikat-syarikat utama dalam pasaran.
Laporan pendapatan dan ketegangan perdagangan US-China
Saham AS melonjak pada hari Selasa berikutan laporan pendapatan suku tahunan dan petunjuk pengurangan ketegangan perdagangan US-China. Semua tiga indeks utama AS meningkat lebih daripada 2%, dengan pelabur mengabaikan retorik Trump terhadap Pengerusi Fed Jerome Powell. Ikuti analisis terperinci mengenai impak tarif dan unjuran ekonomi oleh pakar.
Adakah RM10 sebulan mampu selamatkan krisis kesihatan negara?
Malaysia hanya memperuntukkan 4.7% daripada KDNK kepada penjagaan kesihatan, jauh di bawah purata OECD. Cadangan dana RM10 sebulan daripada setiap pekerja Malaysia untuk mengatasi kekurangan pakar bedah, jururawat, dan peralatan di hospital awam.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS, teruskan aliran meningkat
Ringgit meneruskan aliran naik semasa awal dagangan didorong minat belian ke atas mata wang tempatan.
Bagaimana untuk solar Malaysia terus bersinar di tengah ketidaktentuan global?
Malaysia kekal kukuh dalam sektor solar meskipun berdepan duti import tinggi Amerika Syarikat (AS), berikutan tumpuan tempatan pada tenaga bersih dan National Energy Transition Roadmap (NETR). Ikuti kupasan di Niaga AWANI tentang peluang pertumbuhan dan pelaburan baharu dalam landskap solar negara.
Data terkini prestasi perdagangan Malaysia
Prestasi perdagangan Malaysia pada Mac 2025 mencatatkan peningkatan 1.2%, namun menghadapi cabaran besar seperti ketegangan perdagangan global dan permintaan sektor tertentu yang tidak menentu. Artikel ini membincangkan soalan-soalan kritikal yang perlu ditanyakan kepada pakar ekonomi untuk memahami prospek masa depan Malaysia dalam landskap perdagangan global yang berubah pantas.

Pemilihan PKR: ‘Sudah hantar surat, tunggu jawapan’ - Nik Nazmi
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nik Nazmi Nik Ahmad mengesahkan bahawa beliau telah menghantar surat rayuan kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP).

Kalah dengan Afdlin Shauki, Nik Nazmi optimis pertahan jawatan Naib Presiden PKR
Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad komited mempertahankan kedudukannya itu pada sesi Pemilihan PKR 2025 nanti meskipun tewas dalam saingan peringkat cabang, Sabtu lalu.

Pemilihan PKR: Kemenangan ini adalah amanah - Afdlin Shauki
Afdlin menewaskan Nik Nazmi dalam perebutan Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Setiawangsa dalam Pemilihan PKR 2025.

Pemilihan PKR: Nik Nazmi terima keputusan tapi...
Nik Nazmi Nik Ahmad menegaskan akan menggunakan saluran parti untuk mengemukakan rayuan berkaitan beberapa isu yang timbul sepanjang proses tersebut.

Pemilihan PKR: Nik Nazmi tewas kepada Afdlin Shauki
Nik Nazmi Nik Ahmad gagal mempertahankan jawatannya sebagai Ketua Cabang PKR Setiawangsa selepas tewas dalam pemilihan parti kepada pengarah dan pelakon terkenal, Afdlin Shauki.

Pemilihan PKR: Nik Nazmi terbuka dicabar Adflin Shauki
Nik Nazmi terbuka jika ada mana-mana individu mahu bertanding bagi merebut jawatan Ketua Cabang Setiawangsa pada pemilihan PKR 2025.

Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki
Afdlin zahir rasa syukur selepas SPRM sahkan tiada elemen jenayah atas dakwaan salah laku perolehan projek bernilai RM4 juta di bawah DBKL.

Pemberian lesen bazar Ramadan telus - Dr Zaliha
Kaedah pemberian lesen bazar Ramadan di ibu negara tahun ini akan dijalankan secara telus termasuk cabutan undi petak dilaksanakan DBKL.

SPRM sedang teliti dokumen dakwaan salah laku ahli lembaga DBKL
SPRM telah mendapat akses kepada dokumen yang diperoleh hasil siasatan dalaman dijalankan pihak DBKL, kata Ketua Pesuruhjayanya.

Dakwaan salah laku Afdlin Shauki: Laporan siasatan dalaman siap minggu depan - Dr Zaliha
"Tidak apa kalau saudara Afdlin mahu menolak dan menafikan tuduhan tersebut, itu hak beliau."