ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Khamis, 28 Mei 2020.

1) COVID-19: Lebih 86 juta kanak-kanak bakal dibelenggu krisis kemiskinan

Berikutan krisis ekonomi akibat pandemik COVID-19, lebih 86 juta kanak-kanak akan hidup dalam kemiskinan hujung tahun ini, menurut kajian bersama Pergerakan Save The Children dan Tabung Kanak-kanak PBB (UNICEF).

2) COVID-19: Tak boleh jerit naik roller coaster, 'hantu' jaga jarak sosial di taman tema Jepun

Itu peraturan baru ditetapkan taman tema di Jepun dalam era pandemik COVID-19.

Tatkala taman tema di sana mula dibuka, sekumpulan pengendali sepakat mengeluarkan panduan berkenaan dalam usaha beroperasi dengan selamat meskipun ancaman virus masih ada.

3) COVID-19: WHO gesa Indonesia henti rawatan guna ubat malaria

Lapor Reuters, Indonesia yang merupakan antara negara paling giat menyokong penggunaan ubat malaria, telah menerima surat notis daripada WHO berhubung dua ubat malaria, chloroquine dan hydroxchloroquine bagi merawat koronavirus.

4) COVID-19: Kes positif terkini 5.65 juta, angka korban 353,000 seluruh dunia

Dalam tempoh 24 jam yang lalu, terdapat pertambahan 100,000 kes, menurut data Johns Hopkins University.

Amerika Syarikat satu-satunya negara yang mempunyai kes melebihi 1 juta dengan jumlah kumulatif 1.66 juta.

5) Kebanyakan masjid dibuka 2 Jun, solat Jumaat kekal digantung

Kebanyakan masjid di Singapura akan dibuka secara berperingkat bermula 2 Jun, bagaimanapun solat berjemaah dan solat Jumaat masih tidak dibenarkan.

6) Jepun pertimbang cadangan tanggung separuh kos penerbangan pelancong

Jika diluluskan, rancangan itu akan dimulakan sebaik sahaja wabak COVID-19 dapat dikawal, sebagai usaha untuk menghidupkan kembali sektor pelancongan yang mengalami kemerosotan mendadak.

7) Indonesia's COVID-19 cases surpass 24,000

The COVID-19 cases in Indonesia continue to rise, surpassing the 24,000 mark with 1,496 deaths. The Indonesian government spokesperson on COVID-19 Achmad Yurianto said between noon yesterday and noon today, 687 new positive cases and 23 deaths due to the virus, were recorded.

8) South Korea coronavirus cases jump to highest since early April as warehouse outbreak widens

South Korea reported 79 new coronavirus cases on Thursday, the most since April 5 and the third straight day of rising infections, raising the spectre of a second wave of disease in a country widely praised for containing the initial outbreak.