ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Isnin, 6 Julai 2020.

1) 10 Julai pilihan raya kritikal bagi Singapura - Lee Hsien Loong

Pilihan raya umum (PRU) pada 10 Julai adalah “PRU kiritikal” bagi Singapura kerana lebih banyak cabaran menanti republik itu dan dunia di tengah-tengah pandemik COVID-19, menurut Setiausaha Agung Parti Tindakan Rakyat (PAP) Lee Hsien Loong.

2) Yuriko Koike, Abe Shinzo bekerjasama isu COVID-19 dan anjur Olimpik

Pertemuan kedua-dua pemimpin itu diadakan pada Isnin, sehari selepas Koike memenangi pilihan raya penggal kedua untuk mewakili ibu negara Jepun.

3) India muncul negara ketiga tertinggi dunia kes COVID-19

Setakat ini, India sudah mengesahkan 697,413 kes dan meninggalkan Rusia di belakang yang mempunyai 680,283 jumlah kes positif COVID-19.

4) COVID-19 di Indonesia: Kes positif 64,958, catat kematian 3,241

Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19 Achmad Yurianto berkata, kes positif virus itu juga berterusan meningkat kepada 64,958 kes, iaitu tambahan 1,209 kes baharu bagi tempoh berkenaan.

5) COVID-19: Victoria rekod kes harian tertinggi dengan satu kematian

Pada masa sama, satu kes kematian turut disahkan ketika pihak berkuasa bersiap sedia menutup pintu sempadan wilayah tersebut dan negeri New South Wales bermula Selasa.

6) COVID-19 sudah dikesan 7 tahun lalu?

Siasatan yang dijalankan oleh Sunday Times mendakwa saintis menemui strain yang menyamai koronavirus di sebuah lombong pada tahun 2013 dan dibawa ke makmal virologi di Wuhan untuk ujikaji.

7) Warga emas meninggal dunia selepas dicakar, dijilat kucing peliharaan

Menurut laporan Herald Sun, warga Australia berusia 80 tahun berkenaan dicakar kucingnya "Minty" sebelum haiwan tersebut bertindak menjilat luka pada wanita itu.

8) Dua maut dalam nahas dua pesawat bertembung sebelum terhempas dalam tasik

Menurut saksi, kejadian berlaku pada kira-kira 2 petang waktu tempatan, apabila dua pesawat bertembung di udara lalu terhempas di tasik berhampiran Teluk Powderhorn.

9) Muzium Louvre dibuka semula, terima 7,000 pengunjung

Ini sekali gus bermakna peminat seni berkesempatan sekali lagi untuk menatap hasil karya pelukis tersohor, Leonardo Da Vinci.