ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Ahad, 12 Julai 2020.

1) Pakar perubatan berpaling tadah, dakwa China sembunyi fakta pandemik COVID-19

Dakwaan dibuat seorang pakar perubatan China yang kini melarikan diri ke Amerika Syarikat (AS).

2) Jangkitan COVID-19 di Indonesia lepasi angka 75,000

Kes positif kini 75,699 manakala sebanyak 14,515 pesakit masih dalam pemantauan COVID-19.

3) COVID-19: Singapura catat 178 kes baharu, majoriti penghuni asrama

Dengan perkembangan terkini itu, jumlah kumulatif jangkitan COVID-19 di republik berkenaan mencecah 45,961 kes.

4) Thailand uji vaksin COVID-19 September ini

Ketua penyelidik di Pusat Kecemerlangan Penyelidikan dan Pembangunan Vaksin, Universiti Chulalongkorn Kiat Ruxrungtham berharap, dapat menemukan vaksin yang boleh menghasilkan antibodi peneutralan seperti yang dilihat pada monyet dan tikus.

5) Trump akhirnya pakai pelitup muka

Ia sekali gus menunjukkan beliau terpaksa tunduk kepada tekanan kuat supaya memberikan contoh terhadap kesihatan awam yang baik di saat negara itu diancam teruk COVID-19.

6) Amitabh Bachchan, anaknya Abishek positif COVID-19

Bintang tersohor Bollywood, Amitabh Bachchan, 77, dan anaknya Abhishek, 44 disahkan positif COVID-19.

7) Aishwarya Rai, anak perempuan juga positif COVID-19

Pelakon popular Bollywood, Aishwarya Rai Bachchan dan anak perempuannya disahkan positif COVID-19, hari ini.

8) COVID-19: Victoria rekod kes tiga digit untuk hari keenam

Menurut Ketua Menteri, Daniel Andrews, daripada 273 kes baharu yang dilaporkan itu, seorang lelaki berusia 70-an disahkan maut.

9) Itali mungkin lanjut perintah berkurung hingga akhir tahun

Namun, menurut Perdana Menterinya, Giuseppe Conte, lanjutan tarikh bagi memutuskan penularan COVID-19 di negara itu masih belum ditetapkan.

10) Polis tolak dakwaan Naya Rivera cuba bunuh diri

Menurut pihak berkuasa dakwaan itu disokong oleh kenyataan anak lelakinya yang ditemui berseorangan di atas bot dekat lokasi kejadian.