ZACHARY (atau Zach) Shinske seorang yang pemalu. Tingginya lebih enam kaki, rambutnya merah.
Suaranya lembut tetapi pemikirannya tangkas — dia pemegang biasiswa pengajian Sejarah dan Bahasa Jerman di University of Michigan yang berprestij), Zach jadi bersemangat ketika kami berbual tentang Donald trump.
“Dia ada kecenderungan untuk membuat kenyataan secara umum. Dia tidak membaca daripada teks yang disediakan. Dia seorang pemimpin yang tegas. Saya suka. Saya sangat sukakan dia. Dia cakap apa yang dia mahu katakan. Dia tidak tunduk kepada sesiapa.”
Bagi Zach, penduduk asal St. Josephs, sebuah pekan di wilayah Rust Belt yang menghadap Chicago di seberang Tasik Michigan, Trump seorang yang tulen, dan itu sangat mustahak.
“Ini satu penolakan terhadap pentadbiran (Barack) Obama. Obama memecah-belahkan negara ini lebih daripada sesiapa pun. Dia membesar-besarkan perkara yang remeh dan tidak ada jalan penyelesaian untuk menyatukan negara.”
LAPOR LANGSUNG Donald Trump dipilih sebagai Presiden AS ke-45
BACA Trump bertemu Obama di White House pertama kali selepas dipilih
BACA: Protes anti-Trump masuk hari kedua, kini melibatkan ratusan pelajar sekolah
Ketika ditanya tidakkah pandangannya itu dibakar oleh perkauman, Zach menjelaskan: “Saya tahu sesetengah penyokong Trump tidak setuju dengan idea untuk ada seorang presiden kulit hitam tetapi saya tidak setuju dengan pandangan yang begitu. Tambahan pula, saya peminat Ben Carson sebelum dia menarik diri daripada pemilihan calon presiden bagi Republikan.”
Baginya, Obama seorang pemimpin yang membawa kerosakan. Walaupun dia tidak menuduh Presiden ke-44 itu rasuah atau tidak jujur, dia menggelengkan kepala pada Obamacare dan kekacauan yang memuncak di Asia Barat.
“ISIS semakin kuat semasa kepimpinannya. Pandangan dunia terhadap Amerika semakin melemah dalam soal hubungan antarabangsa. Saudara nampak yang dilakukan oleh Presiden Filipina?”
Zach tambah bersemangat apabila kami berbual tentang ekonomi terutamanya sektor pembuatan, sesuatu yang sangat dekat di hati pengundi-pengundi di Michigan yang mengalih sokongan kepada Trump pada Selasa, mengetepikan Hillary Clinton.
“Amerika tidak dapat banyak daripada NAFTA. Saya faham apabila sesebuah perniagaan mahu berpindah untuk membuat duit di tempat lain tetapi saya setuju dengan Trump bahawa mereka patut kekal di Amerika dan menyokong industri kami.”
Apabila ditanya apakah rakyat akan bersabar dalam soal pekerjaan, dia menjawab mudah: “Mereka telah lama menunggu. Apalah sangat kalau terpaksa menunggu sedikit masa lagi sebelum pekerjaan itu datang?”
Zach menegaskan bahawa dia mendahulukan Republikan. Dia bagaimanapun mengaku tanpa Trump, negeri-negeri di wilayah tengah Amerika tidak mungkin mengundi Demokrat.
BACA: Ketika China bertambah kuat, Amerika semakin lemah: Kisah dua kuasa besar
BACA: Menjadi warga Texas - Giovanni Vidana
BACA: Industri teknologi perlu dimensi kemanusiaan
Sebagai seorang penganut Kristian yang tegar, Zach menyertai sebuah gereja Lutheran dan ada pandangan yang tegas tentang pengguguran kandungan serta hak-hak LGBT.
Dia agak kurang selesa apabila disentuh tentang kecenderungan pegangan agama Trump: “Saya rasa Trump seorang Kristian,” katanya sebelum menukar topik.
Dia menggelengkan kepala semasa kami berbual tentang Clinton dan kempen bekas calon presiden itu.
Dia merasakannya satu jenaka dan berkata: “Suaminya hampir didakwa dan dia pula bertanding jawatan Presiden. Dia tidak boleh dipercayai.”
Secara peribadi, saya rasa kunci utama pencalonan Trump ialah cara bagaimana beliau mencuit kekecewaan dan rasa tidak berdaya kelompok “kulit putih” Amerika.
Ketika pekerjaan dan ekonomi menjadi isu penting, barisan panjang di luar dewan dan stadium, sorak-sorai dan fanatisme mereka lebih kepada cara bagaimana Trump menyuntik rasa tujuan dan identiti dalam masyarakat “kulit putih”.
Saya syak banyak penyokong Trump rasa terasing daripada politik kelompok dan berasaskan kaum yang menjadi asas pakatan pelbagai yang disatukan oleh Obama untuk menang pemilihan pada 2008.
Kemenangan Obama memberdayakan pelbagai kelompok minoriti di Amerika.
Malah, politik identiti itu memberikan kepada mereka kuasa dan pengaruh, atau seperti yang dirumuskan oleh Zach, “membesar-besarkan perkara yang remeh” — sekali gus, melemahkan sebahagian besar golongan kulit putih Amerika, terutamanya kelompok konservatif.
Dengan sedikit pengecualian, boleh dikatakan bahawa para pengundi yang memenangkannya ialah lelaki (dan wanita) kulit putih yang bimbang akan hilang kedudukan mereka dalam masyarakat.
Berbual dengan Zach selepas pemilihan itu, dia memberitahu saya: “Saya mahu Trump memberikan tumpuan kepada usaha membatalkan Obamacare, melantik hakim-hakim Mahkamah Agung dan merundingkan semula perjanjian perdagangan dan membatalkan perjanjian dengan Iran. Amerika tidak harus membuat janji dengan pengganas.”
Semua ini sudah dijangka.
Tetapi ada perkara menarik yang dibangkitkan oleh Zach pada penghujung perbualan kami apabila dia berkata: “Saya fikir saya tidak lagi akan gentar untuk bersuara. Saya tidak lagi perlu bimbang tentang budaya “betul dari segi politik.”
Dengan anak muda yang berbudi bahasa dan bijaksana seperti Zach, adalah mustahil hendak membayangkan dia bercakap hal yang bukan-bukan. Dia tidak akan menakutkan sesiapa pun.
Tetapi retorik marah-marah Trump dan kecaman anti Islamnya telah membuka sempadan baru tentang apa yang boleh dan apa yang tidak boleh.
Seperti kata Aliyah Bujimin, seorang lagi pelajar University of Michigan daripada keturunan Arab Amerika, kepada saya: “Saya tidak fikir ancaman itu ada pada beliau (Trump). Ancaman itu pada orang yang menyokongnya. Mereka selama ini berpegang pada pandangan yang perkauman tetapi sekarang ada seseorang yang menunjukkan jalan, sekarang ia memuncak.”
Trump sudah jadi avatar bagi masyarakat kulit putih Amerika yang marah-marah dan rasa tidak selamat yang cuba mencabar pakatan majmuk Obama.
Beliau menjanjikan kepada mereka patah balik kepada apa yang mereka lihat sebagai Amerika lama, ketika mana keadaan adalah lebih baik bagi mereka.
Tetapi bolehkah beliau mengotakan janji-janjinya? Bagaimana kalau beliau gagal?
Raksasa telah dilepaskan.
Karim Raslan
Fri Nov 11 2016
Zach menegaskan dia mendahulukan Republikan, bagaimanapun, dia mengaku tanpa Trump, negeri-negeri di wilayah tengah Amerika tidak mungkin mengundi Demokrat. - Foto Karim Raslan
Malaysia mungkin perlu import lebih banyak gas jika tidak alih kepada tenaga mampan - Rafizi
Malaysia mungkin berdepan keperluan mengimport lebih banyak gas bagi tujuan penjanaan tenaga elektrik pada tahun-tahun akan datang.
Dron bawah laut mirip ikan pari
Manta Ray dibangunkan sebagai projek dron bawah laut yang boleh beroperasi tanpa sebarang campur tangan manusia.
Lebih 10,000 kes jenayah komersial direkodkan sejak Januari 2024
Sejumlah 10,106 kes jenayah komersial direkodkan melibatkan kerugian melebihi RM866 juta bermula Januari hingga 28 April tahun ini.
Pelaburan Microsoft cerminkan keyakinannya terhadap potensi digital Malaysia
Pelaburan tunggal terbesar Microsoft sebanyak AS$2.2 bilion dalam tempoh empat tahun akan datang mencerminkan keyakinannya terhadap potensi digital Malaysia.
Isu gandar: JPJ umum 600 unit Chery Omoda 5 dipanggil semula
Langkah itu bagi menyiasat dan mendapatkan maklumat lanjut demi memastikan keselamatan pemilik kenderaan serta pengguna jalan raya.
15 penaja warnai saingan Liga-M - Stuart
12 daripada penaja telah dimuktamad setakat ini, sementara tiga lagi akan dimeterai menjadikan jumlah penajaan lebih besar berbanding musim sebelumnya.
AWANI Ringkas: Kedudukan indeks kebebasan media Malaysia jatuh 34 tangga
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Perkeso laksana jerayawara bermula Isnin, beri penerangan caruman SKSSR
Perkeso akan melaksanakan jerayawara bermula Isnin ini bertujuan memberi penerangan mengenai kaedah penajaan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR).
10,106 kes jenayah komersial dicatat sejak Januari-April, libat kerugian RM866 juta
Sejumlah 10,106 kes jenayah komersial direkodkan melibatkan kerugian melebihi RM866 juta bermula Januari hingga 28 April tahun ini.
Sindiket tipu pelaburan di TikTok tumpas, lapan ditahan
Pengarah JSJK Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata mereka yang ditahan berumur lingkungan 21 hingga 43 tahun.
Ceritalah USA: Masyarakat Afrika-Amerika dan peralihan kepada Trump
Dilema Andy Russell, masyarakat Afrika-Amerika dan peralihan kepada Trump.
Ceritalah USA: Lawrencia Atakora bosan persepsi ke atas kelompok minoriti
Wanita yang bosan dengan sentimen minoriti ini turut kecewa dengan kempen Republikan yang menurutnya, dibangunkan daripada pembohongan.
Ceritalah USA - Alyiah Al Bonjim
Reaksi Alyiah Al-Bonijim, pelajar 19 tahun di University Michigan, tentang Donald Trump yang bakal menjadi Presiden Amerika Syarikat yang ke-45.
Ceritalah USA: Zachary Shinske, si anak kampung
Baginya, Obama pemimpin yang membawa kerosakan. Walaupun tidak menuduh Presiden ke-44 itu rasuah atau tidak jujur, dia menggelengkan kepala pada Obamacare dan kekacauan yang memuncak di Asia Barat
Ceritalah USA - Ketika China bertambah kuat, Amerika semakin lemah: Kisah dua kuasa besar
Tentunya, kombinasi kekeliruan tentang penggunaan akaun emel Hilary serta sumber dana Yayasan Clinton telah membangkitkan perasaan curiga terhadap integriti pasangan ini.
Ceritalah USA: Menjadi warga Texas - Giovanni Vidana
Ketika lawatan singkatnya menemui masyarakat Mexico di Houston, Texas, Karim Raslan mendapati tidak semua warga Mexico membenci Donald Trump.
Ceritalah USA - Industri teknologi perlu dimensi kemanusiaan
Siapa lagi yang perlukan pekerja apabila robot boleh melakukan kerja yang sama?
Ceritalah USA: Filipino Amerika sebagai kuasa baru
Meskipun masyarakat Filipino Amerika adalah kelompok Asia Amerika yang kedua terbesar di negara itu, mereka merasakan mereka selama ini diabaikan oleh arus perdana.
Ceritalah USA - Quinn Dang: Menjadi Orang Amerika
Duduk di luar perpustakaan universitinya yang tampak anggun, dia bercerita kepada saya tentang satu masalah utama yang dihadapi oleh banyak pelajar kolej di Amerika: hutang.
Ceritalah USA
Mendarat di London pada pagi 23 Jun 2016, saya adalah antara jutaan orang yang tergamam dengan tindak balas pengundi terhadap sempadan terbuka, perdagangan bebas serta elit liberal dan kosmopolitan.