Seorang wanita berusia 53 tahun dilaporkan meninggal dunia di Indonesia, menjadikan kematian pertama di negara itu akibat COVID-19 pada Rabu.

Menurut pegawai kementerian kesihatan, Achmad Yurianto, mangsa mengalami keadaan kritikal selepas dimasukkan ke hospital.

Yurianto, bagaimanapun, tidak memaklumkan secara terperinci sejarah perjalanan dan kedudukan wanita terbabit ketika disahkan meninggal dunia.

Katanya, berita itu telah dimaklumkan kepada pihak kedutaan untuk pengurusan mayat mangsa yang merupakan warga asing.

Untuk rekod, jumlah kes positif virus COVID-19 di Indonesia terus meningkat kepada 27 kes hari ini.

BACA: Jumlah kes positif COVID-19 di Indonesia meningkat kepada 27 kes

Sebelum ini, Indonesia mengesahkan dua kes pertama COVID-19 melibatkan rakyatnya.

BACA: Indonesia catat kes pertama COVID-19

BACA: Bali terus berdoa, berharap COVID-19 tidak jejaskan pelancongan