JUMLAH kumulatif kematian global akibat COVID-19 kini lebih 650,000 kes.

Statistik daripada Johns Hopkins University menunjukkan angka kematian global meningkat lebih 5,000 kes dalam tempoh 24 jam

Amerika Syarikat (AS) kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 147,000 kematian.




Ini diikuti Brazil dengan lebih 87,000 kematian.

United Kingdom (UK) dan Brazil masing-masing merekodkan 45,000 dan 44,000 kematian.

Sementara Itali, India, dan Perancis pula merekodkan angka korban sebanyak 35,000, 32,000 dan 30,000 kes.

Negara terakhir merekodkan angka kematian melebihi 20,000 ialah Sepanyol dengan lebih 28,000 kes.

Negara lain masih merekodkan angka korban di bawah 18,000 kes.