Dania Akeel dari Arab Saudi bakal menjadi pelumba Arab wanita pertama yang memiliki lesen Speed Bikes Competition selepas membuat permohonan melalui Persatuan Motorsport Arab Saudi (SAMF).
Selepas menerima lesen tersebut, Dania mengumumkan penyertaan pertandingan pertamanya di UAE National SportsBike Super Series yang bakal berlangsung di Dubai Autodrome.
Dalam kejohanan itu dia akan menunggang Ducati 899.
"Saya sangat gembira dengan peluang ini dan berterima kasih kepada SAMF kerana memudahkan urusan saya dan memberi sokongan penuh dalam mendapatkan lesen.
"Terima kasih juga kepada Emirates Motorsport Organization (Emso) dan Furiosa Racing atas sokongan dan serta usaha mereka dalam membimbing saya melalui proses ini," katanya.
Difahamkan, wanita itu telah menjalani latihan dengan pelumba profesional termasuk juara kebangsaan untuk mengasah kemahirannya selain mempelajari pelbagai teknik menjadi seorang pelumba berjaya.
UAE National SportsBike Super Series bakal menyaksikan penglibatan 15 pelumba untuk lima pusingan berturut-turut di Dubai Autodrome.
Pihak Berkuasa Sukan Umum (GSA) dan SAMF menyokong atlet Saudi melalui program khas yang diadakan untuk menarik dan mendedahkan kemahiran belia di negara itu selain membantu mengembangkan pengalaman mereka dalam pelbagai jenis sukan. - Agensi
Sinar Harian
Mon Oct 21 2019
Dania Akeel bakal menjadi pelumba Arab wanita pertama miliki lesen Speed Bikes Competition. -Foto Sinar Harian
Sentuhan berbisa Erling Haaland hakis kegusaran Guardiola
Kemenangan itu melanjutkan rekod tanpa kalah Man City dalam EPL kepada 20 perlawanan.
AWANI Ringkas: PM: Kerajaan belum ada keputusan muktamad
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemuda maut motosikal bergesel lori di BKE
Pemuda maut motosikal bergesel lori di BKE
Seorang pemuda maut selepas motosikal ditunggang bergesel dengan lori di Kilometer 13.9 Lebuhraya Butterworth Kulim (BKE), tengah hari Sabtu.
Seorang pemuda maut selepas motosikal ditunggang bergesel dengan lori di Kilometer 13.9 Lebuhraya Butterworth Kulim (BKE), tengah hari Sabtu.
Hatrik Cristiano Ronaldo belasah Al Wedha
Pemain veteran Portugal itu dua kali menemui penyudah dalam tempoh 12 minit pertama sebelum melengkapkan hatriknya selepas rehat.
Lapan tahun rogol anak, suami isteri ditahan
Hasil siasatan awal dapati kejadian berlaku sejak tahun 2016 sehinggalah kejadian terbaru pada tahun 2024 dan semua kejadian berlaku dalam bilik rumahnya di Kampung Chuah, Port Dickson.
Dakwaan Subsidi: PM tegaskan kerajaan belum buat keputusan
Tegas Perdana Menteri, setakat ini belum ada sebarang keputusan muktamad diputuskan kerajaan berhubung subsidi bahan terbabit walaupun ada perbincangan awal bersama Jemaah Menteri.
Astro Kem Badminton: 363 peserta hadir di Pulau Pinang
Ibu bapa boleh daftarkan anak-anak yang berusia 10 hingga 12 tahun secara percuma melalui web rasmi www.astro.com.my/rancangan/kem-badminton atau boleh juga walk-in pada tarikh yang ditetapkan di lokasi berdekatan anda.
Panama bersedia untuk Pemilihan Presiden
Rakyat Panama berharap pilihan raya itu akan membawa perubahan dalam kepimpinan negara.
Kabinet belum bincang isu kenaikan harga petrol, diesel - PM
Laporan negatif media asing berhubung isu itu dilihat dibuat tanpa fakta sahih yang disemak terlebih dahulu.
Astro Kem Badminton: 363 peserta hadir di Pulau Pinang
Dengan kerjasama Felet dan Carrie Bacbuster, peserta diuji dengan latihan intensif dengan harapan akan terpilih ke kem latihan bersama Akademi Badminton Malaysia (BAM).
Dania Akeel wanita Arab Saudi pertama miliki lesen motor berkelajuan tinggi
Dania telah menjalani latihan dengan pelumba profesional termasuk juara kebangsaan untuk mengasah kemahirannya selain mempelajari pelbagai teknik menjadi seorang pelumba berjaya.