awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
Konsert Inteam Nur Kasih 25 tahun, menyusuri kenangan bersama peminat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sentuhan berbisa Erling Haaland hakis kegusaran Guardiola

Astro Arena
Astro Arena
05/05/2024
04:30 MYT
Sentuhan berbisa Erling Haaland hakis kegusaran Guardiola
Kemenangan itu melanjutkan rekod tanpa kalah Man City dalam EPL kepada 20 perlawanan. - Foto AP
MAN CITY 5 WOLVES 1
Pep Guardiola berkata Erling Haaland kembali menemui sentuhan selepas meledak empat gol ke atas Wolves bagi mengekalkan reputasi Manchester City selaku pendahulu Liga Perdana Inggeri (EPL).
Arsenal menundukkan Bournemouth 3-0 lebih awal malam tadi tetapi hatrik Haaland dalam separuh masa pertama - termasuk dua sepakan penalti - memulakan pesta gol City di Stadium Etihad, awal pagi tadi.
Haaland menambah gol keempatnya selepas rehat sebelum jaringan Julian Alvarez melengkapkan kemenangan mutlak itu biarpun Hwang Hee-Chan sempat menjaringkan sagu hati ketika Wolves dibelasah 5-1.
Kemenangan itu melanjutkan rekod tanpa kalah Man City dalam EPL kepada 20 perlawanan, manakala mereka telah memenangi enam perlawanan terakhir dengan mencatatkan lebih empat gol dalam lima perlawanan tersebut.
Walaupun berkelebihan tipis satu mata di depan Arsenal dan dengan satu perlawanan di dalam tangan, Guardiola berasa lega apabila melihat Haaland kembali menemui sentuhannya memandangkan kerap diganggu masalah kecederaan sepanjang bulan lalu.
"Kemenangan ini tampak selesa tetapi sebenarnya tidak," kata pengurus City itu kepada Sky Sports.
“Kami mencipta lebih banyak peluang tetapi keputusan melancarkan hantaran terakhir tidak tepat.
"Apa pun Erling kembali mendapat rentak. Sepakan penaltinya itu adalah jaminan tetapi gol kedua dan keempat yang diledaknya sukar dipercayai.
"Ketika bertemu Nottingham Forest, dia beraksi dalam tempoh 20 minit sahaja tapi dia benar-benar bagus, begitu juga dengan hari ini.
"Kami menang, tetapi kecederaannya yang membelenggunya terlalu lama.
"Kelibatnya dialu-alukan pada saat yang tepat tetapi kami kami masih dapat juga tiba di sini adalah kerana Erling dan Kevin De Bruyne tersisih." - Stadium Astro
Topic Berkaitan
#EPL
#Erling Haaland
#Pep Guardiola
#Manchester City
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan