Denmark meluluskan undang-undang pada Ahad untuk merampas barangan berharga daripada pelarian untuk menampung perbelanjaan pengurusan golongan tersebut.
Memetik laporan stesen televisyen Sweden, Menteri Keadilan dan Imigresen Dernmark Soren Pind pada minggu lalu mempertahankan tindakan tersebut dalam sebuah program berita.
“Melalui cara ini, kami boleh menjana kos pengurusan pelarian,” ujarnya.
Bagaimanapun, Pind menggariskan beberapa pengecualian iaitu barangan seperti cincin perkahwinan atau pertunangan, jam tangan dan telefon bimbit tidak akan diambil daripada pelarian, sebaliknya kerajaan akan mengambil barangan yang bernilai lebih daripada 300 euro.
Undang-undang tersebut telah menerima pembagai kritikan umum dari Denmark dan Sweden sementara pihak polis masih memikirkan cara penguatkuasaannya.
Sebelum ini, Denmark telah mendapat banyak reputasi buruk di Eropah terutamanya sejak negara itu melancarkan kempen antipelarian pada September selain memutuskan hubungan kereta api ke negara itu.
Kempen anti pelarian itu memuncak sejak Parti Liberal memenangi pilihan raya pada Jun.
Menurut Perkhidmatan Imigresen Denmark (DIS), populasi pelarian semakin melonjak di negara itu, dengan jumlah pencari suaka berganda berbanding tahun 2013 dan 2014, iaitu daripada 7,557 kepada 14,815 orang.
Daripada jumlah itu, kurang daripada separuh iaitu 6,110 orang mendapat status pelarian rasmi. Kebanyakan pencari suaka tersebut berasal dari Syria dan Eritrea.
Kehadiran golongan pelarian itu juga membuatkan banyak kumpulan kongsi gelap Denmark mengambil kesempatan dengan meraih keuntungan melalui pemerasan dan penyeludupan manusia.
Agensi
Wed Dec 16 2015
Pind teguh dengan pendapat bahawa undang-undang merampas barangan berharga milik pelarian itu perlu untuk menampung perbelanjaan pengurusan pelarian. - Gambar fail
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
Denmark lulus undang-undang rampas barangan berharga pelarian
Namun, beberapa pengecualian dibuat iaitu cincin perkahwinan atau pertunangan, jam tangan dan telefon bimbit tidak akan diambil daripada pelarian.