"Mereka mengambil jasadmu dari duniaku, tetapi gelak tawamu yang indah akan kekal dalam jiwaku selamanya".
Demikian luahan tunang kepada wartawan yang mati dibunuh, Jamal Khashoggi, Hatice Cengiz apabila menulis kata-kata yang menyentuh hati sebagai penghormatan terakhir di Twitter peribadinya pada 20 Oktober dan tular di media sosial.
Di Twitter itu, turut dimuat naik klip video Khashoggi ketika ditemu bual untuk dokumentari sebuah stesen televisyen.
Ketika rakaman itu dilaksanakan, seekor kucing melompat naik di atas ribanya membuatkan Khashoggi ketawa.
“Awak harus meletakkan ini di dalam filem,” kata Khashoggi.
Cengiz, seorang warga Turki, berkata akan sentiasa mengabadikan ketawa Khashoggi dalam jiwanya sebagai kenangan terindah, merujuk kepada video tersebut.
Twitter tersebut mencuri perhatian netizen hingga meraih 909,000 tontonan, 12,000 ciapan dan 33,000 tanda suka.
BACA: Polis Turki jumpa 'bukti' Jamal Khashoggi dibunuh
Difahamkan, dia kali terakhir melihat Khashoggi ketika menemani tunangnya itu memasuki bangunan Pejabat Konsul Besar Arab Saudi di Istanbul pada 2 Oktober lalu, dan terpaksa menunggu selama 11 jam.
Khashoggi sempat berpesan supaya menghubungi pemimpin Kesatuan Media Arab Turki, Turan Kislakci, jika beliau tidak keluar dari bangunan konsulat itu.
BACA: Imej terakhir Jamal Khashoggi disiar
Pada masa sama, agensi berita Anadolu melaporkan Cengiz kini diletakkan di bawah program perlindungan 24 jam oleh polis Turki yang diuruskan pejabat gabenor Istanbul.
Dalam minggu berikutnya, pegawai Turki mengeluarkan beberapa kenyataan yang menunjukkan Khashoggi telah meninggal dunia, tetapi Cengiz enggan menerima sehingga berita kematian tunangnya diumum secara rasmi. - Agensi
Sinar Harian
Wed Oct 24 2018
Hatice Cengiz memuatnaik satu klip video di Twitter ketika Khashoggi ditemu bual untuk dokumentari sebuah stesen televisyen.
Pemandu bas ekspres buat 'live' TikTok kena saman
Mereka dikesan melakukan kesalahan itu dalam Ops Hari Raya Aidilfitri (HRA) bermula 1 hingga 20 April lepas.
Nahas helikopter Lumut: DUN Sabah bertafakur seminit hormati mangsa
Ucapan takziah itu disampaikan Timbalan Speaker DUN Sabah, Datuk Al Hambra Tun Juhar sebelum memulakan sesi soal jawab pada sidang DUN.
Nahas helikopter Lumut: Pas puji tindakan pantas Menteri Pertahanan
PAS memuji tindakan pantas Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam mengendalikan tragedi dua helikopter terhempas yang mengorbankan 10 anggota dan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysi
Suspek kes tembak di KLIA berdepan tujuh pertuduhan
Hafizul Hhawari mohon dibicarakan terhadap kesemua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Nik Habri Muhamad.
Warga emas hidup 'berteman' lebih 2 tan sampah
Sudah menjadi tabiat lelaki ini yang hidup sebatang kara mengumpul sampah di dalam dan luar rumahnya tetapi bukan untuk dijual.
Nahas helikopter Lumut: Lori bawa 10 keranda tiba di Jabatan Forensik HRPB
Kesemua 10 jenazah akan dibawa ke Batalion 23 Rejimen Askar Melayu Diraja, Ipoh bagi istiadat rasmi sebaik proses bedah siasat selesai.
Piala Asia B-23: "Saya bermain dengan teruk dalam setiap perlawanan" - Mukhairi Ajmal
Ketua pasukan Harimau Muda kecewa dengan prestasi sendiri sepanjang Piala Asia B-23.
Niaga AWANI: KL20: MyDIGITAL tingkat daya saing ekosistem startup
Ketua Pegawai Eksekutif, MyDIGITAL, Fabian Bigar berkongsi pandangan beliau berkenaan pembangunan ekosistem startup di Malaysia dan peranan MyDIGITAL dalam usaha tersebut seiring penganjuran KL20 baru-baru ini.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Mansuhkan undang-undang yang menindas hak asasi
Hakisan ruang sivik di Malaysia seperti yang dilaporkan dan tindakan keras yang diambil terhadap kebebasan asasi menuntut tindakan segera daripada kerajaan.
Niaga AWANI: Strategi pelaburan graduan muda di sebalik tekanan inflasi
Pensyarah Kanan, Sekolah Perniagaan Dan Ekonomi, UPM, Dr. Lau Wei Theng berkongsi tentang bagaimana graduan di Malaysia boleh meningkatkan literasi pelaburan di sebalik prospek ekonomi yang tidak menentu.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
ERL hantar 20 petugas bantu operasi Makkah Metro
Seramai 20 petugas berpengalaman Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) dihantar ke Arab Saudi bagi menyokong operasi perkhidmatan tren Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro atau lebih dikenali Makkah Metro.
Arab Saudi umum Aidilfitri jatuh pada Rabu
Arab Saudi menetapkan 10 April sebagai Hari Raya Aidilfitri pada Rabu, menandakan berakhirnya bulan Ramadan bagi umat Islam.
Graduan pergigian diangkat sebagai Miss Universe Arab Saudi yang pertama
Model dan graduan pergigian, Rumy Alqahtani menjadi perwakilan sulung negara tanah arab itu di persada global.
Negara Islam, Arab puji keputusan ICJ supaya Israel buka sekatan ke Gaza
Riyadh menyokong kesemua usaha menambah pembekalan bantuan kemanusiaan dengan segera dan mengurangkan krisis kemanusiaan yang meruncing di Gaza.
Arab Saudi dipilih pengerusi Suruhanjaya Status Wanita ke-69
Abdulaziz Alwasil dari Arab Saudi akan berkhidmat sebagai pengerusi sesi ke-69 CSW.
Kame Hame Habibi! - Taman tema Dragon Ball akan dibuka di Arab Saudi
Taman ini akan dibuka di Qiddiya City dengan keluasan 500,000 meter persegi dan bakal mempunyai tujuh ruang bertemakan dunia Dragon Ball.
Kuota haji: Tunggu keputusan Arab Saudi
Kerajaan optimis kuota jemaah haji negara ini akan meningkat, susulan langkah Arab Saudi yang sedang merancang untuk meningkatkan jumlah jemaah kepada lima juta orang menjelang tahun 2030.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Arab Saudi mula berpuasa pada Isnin
Sebelum ini, Mahkamah Agung Arab Saudi menggesa umat Islam di negara itu untuk cuba melihat anak bulan Ramadan pada petang Ahad, 10 Mac 2024 bersamaan 29 Syaaban 1445 menurut kalendar Islam.
Arab Saudi pastikan keselamatan makanan terjamin sepanjang Ramadan
Perbandaran Kota Suci Makkah, Arab Saudi meningkatkan tahap kesiapsiagaan menjelang Ramadan.