awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Imej terakhir Jamal Khashoggi disiar

Astro Awani
Astro Awani
22/10/2018
23:23 MYT
Imej terakhir Jamal Khashoggi disiar
Khashoggi dan tunangnya dirakam berjalan memasuki dan meninggalkan pangsapuri kediaman mereka di Istanbul. - Astro AWANI
Stesen televisyen pro kerajaan Turki, anews, pada Isnin menyiarkan visual yang menunjukkan detik-detik terakhir wartawan Jamal Khashoggi yang mati dibunuh.
Rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) itu didakwa diperoleh daripada sumber keselamatan Turki, memaparkan pergerakan Khashoggi dan tunangnya, Hatice Cenghiz.
Pasangan ini, antara lain, dirakam berjalan memasuki dan meninggalkan pangsapuri kediaman mereka di Istanbul.
Sementara itu, stesen televisyen Turki TRT World pula menyiarkan beberapa imej pegun Khashoggi ketika memasuki konsulat Arab Saudi di Istanbul pada 2 Oktober lalu, hari dia dilaporkan hilang.
Pengkritik lantang kerajaan Riyadh berusia 59 tahun itu disahkan dibunuh dalam satu pergelutan di dalam bangunan berkenaan.
Media pro-kerajaan Turki mendakwa, 15 anggota skuad khas diterbangkan dari Arab Saudi bagi menamatkan riwayat Khashoggi.
BACA: Jamal Khashoggi dicekik hingga mati?
BACA: Tunang Khashoggi diberi perlindungan polis
BACA: Arab Saudi sahkan wartawan kanan, Jamal Khashoggi mati dibunuh
Menurut laporan, jarinya dipotong sebelum dibunuh dan mayatnya dikerat kepada beberapa bahagian.
Sehingga kini, 18 warga Arab Saudi telah ditahan bagi membantu siasatan.
Topic Berkaitan
#Arab Saudi
#CCTV
#detik terakhir
#hilang
#Istanbul
#Jamal Khashoggi
#kerajaan
#keselamatan
#konsulat
#mati
#siasatan
#tunang
#Turki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan