awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GV Ride raikan komuniti dengan Santa Claus, kejutan Krismas unik
Bayaran saham KPF tertunggak: Anggota desak penyelesaian segera, ancam piket besar-besaran
Nasry Asfura menang Pilihan Raya Presiden Honduras
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ikrar Xi Jinping melawan 'wabak syaitan'

Agensi
Agensi
28/01/2020
12:42 MYT
Ikrar Xi Jinping melawan 'wabak syaitan'
Presiden China, Xi Jinping yakin dapat mengekang wabak koronavirus yang disifatkan sebagai "wabak dajjal" yang menular di seluruh dunia dan kini sudah meragut 106 nyawa di China. Foto: Reuters
PRESIDEN China, Xi Jinping yakin dapat mengekang wabak koronavirus yang disifatkan sebagai 'wabak syaitan', yang kini menular di seluruh dunia dan sudah meragut 107 nyawa di China.
Memetik laporan Reuters, Xi menyuarakan keyakinannya itu ketika bertemu Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Selasa, menurut jurucakap WHO.
Xi dipetik sebagai berkata 'wabak syaitan' itu tidak boleh dibiarkan berleluasa.
"China akan meningkatkan kerjasama antarabangsa dan mengalu-alukan penyertaan WHO sebagai usaha mencegah wabak ini.
"Kami percaya WHO dan komuniti antarabangsa akan kekal tenang, objektif dan rasional dalam menangani penularan wabak ini," katanya.
Pada masa sama, Xi dan Ghebreyesus turut membincangkan langkah-langkah bagi melindungi rakyat China dan pelancong di negara itu terutama di kawasan terkesan.
BACA: Koronavirus: Angka korban meningkat, 106 disahkan maut di China
BACA: Pembawa koronavirus boleh menjangkau 44,000 orang - Pakar
Mereka turut membincangkan langkah alternatif untuk memindahkan pelancong yang kini berada di China.
Setakat ini, Amerika Syarikat dan Korea Selatan bercadang untuk menyewa pesawat bagi membawa pulang rakyat mereka yang kini berada di Wuhan ke tanah air masing-masing
BACA: WHO akui silap buat penilaian tentang koronavirus
Terdahulu, WHO akui tersalah penilaian mengenai koronavirus.
Agensi berpangkalan di Geneva itu sebaliknya dalam satu laporan mendedahkan risiko jangkitan di China, peringkat serantau dan global adalah pada paras tertinggi.
Laporan berkenaan bagaimanapun tidak bermakna WHO mengisytihar situasi kecemasan antarabangsa.
Topic Berkaitan
#China
#koronavirus
#Pertubuhan Kesihatan Sedunia
#Presiden China
#Tedros Adhanom Ghebreyesus
#WHO
#Xi Jinping
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan