Indonesia merancang untuk menyiasat Google kerana membiarkan cukai tertunda selama 5 tahun, dengan bil yang berjumlah lebih dari 400 juta dolar pada tahun 2015 sahaja.

Jabatan Cukai republik itu percaya bahawa Google Indonesia membayar kurang dari 0.1 peratus dari jumlah keseluruhan pendapatan dan cukai tambahan yang seharusnya dibayar pada tahun lepas.

Seorang wakil dari Kementerian Kewangan berkata pada Khamis bahawa Pejabat Cukai Indonesia akan menyiasat Google atas kemungkinan cukai tidak dibayar sebanyak berbilion dolar yang datang dari keuntungan pengiklanan.

Muhammad Hanif, Ketua Bahagian Kes Khas di Jabatan Cukai berkata, keengganan Google untuk bekerjasama selepas surat dihantar pada April bagi memohon kebenaran memeriksa laporan cukai syarikat menimbulkan keraguan.

Beliau memberitahu perkara itu dalam sebuah sidang media bahawa siasatan tidak akan diteruskan paling awal sehingga hujung bulan.

PT Google Indonesia yang ditubuhkan pada 2011 berkata ia patuh kepada kerajaan.

“Kami akan memberikan kerjasama penuh kepada penguatkuasa tempatan dan membayar kesemua cukai yang dikenakan,” jawab jurucakap Google Indonesia dalam sebuah e-mel.

Pihak Kerajaan juga telah meminta untuk laporan cukai dari tiga pejabat yang berasaskan syarikat Amerika Syarikat di Indonesia iaitu Yahoo, Twitter dan Facebook untuk disemak.

Ketiga-tiga syarikat tersebut telah memberi kerjasama, kata pegawai rasmi.

Yahoo dan Google telah menubuhkan syarikat liabiliti terhad Indonesia sedangkan Twitter dan Facebook menguruskan cawangan pejabatnya di Asia-Pasifik di Indonesia.

Pemerintah Indonesia percaya bahawa syarikat-syarikat ini masih berhutang cukai pendapatan dan cukai tambahan bernilai berbilion dolar hasil daripada pengiklanan di Indonesia, tambah pegawai cukai itu lagi.

Hanif berkata bahawa entiti Google Indonesia cuma diperuntukkan sebanyak 4 peratus dari keseluruhan keuntungan yang dijana daripada negara, dan jumlah yang dicukaikan, ini terlalu sedikit dan tidak adil.