Susulan kejadian ribut dan suhu yang terlalu sejuk, pemandu di Oklahoma dilaporkan gagal mengawal kenderaan ketika melalui jalan yang dipenuhi ais pada Rabu.

Keadaan cuaca yang sejuk melampau menyebabkan pemanduan menjadi sukar dan memaksa sekolah di sekitar bandar itu ditutup.

Pihak berkuasa berkata, beberapa kemalangan dilaporkan, termasuk di jalan-jalan yang sibuk di bandar itu.

Agensi Cuaca Kebangsaan mengeluarkan amaran dan nasihat mengenai cuaca musim sejuk di Oklahoma tengah dan timur, serta barat laut Arkansas, pada Khamis.

Pakar cuaca berkata, suhu akan mencapai tahap yang sangat rendah sehingga menyukarkan aliran pengangkutan perjalanan di seluruh bandar itu.

Jabatan Pengangkutan Oklahoma turut menyatakan terdapat beberapa batang jalan licin dilaporkan di lebuh raya utama bandar itu.

Malah, jabatan itu memaklumkan, terdapat banyak kemalangan berlaku berikutan keadaan jalan yang licin itu.

Menurut pihak ramalan cuaca, suhu berada di bawah 20 darjah Celcius di kawasan itu.