95 buah kenderaan terlibat dalam nahas jalan raya menyebabkan tiga mangsa maut, dan 25 lagi cedera.

Nahas berlaku di lebuh raya Carroll County, Virginia Amerika Syarikat disebabkan cuaca jerebu yang teruk.

Menurut polis, kenderaan-kenderaan tersebut terlibat dalam 17 kemalangan berasingan di sepanjang jalan di kawasan pergunungan berdekatan sempadan Virginia-North Carolina.

Sepanjang jalan Interstate Seventy Seven, papan-papan tanda telah diletakkan bagi memberi amaran kepada pemandu terhadap jerebu teruk.

Namun pemandu tetap memandu laju sehingga menyebabkan kemalangan.

Kesesakan lalu lintas hampir sepanjang 13 kilometer di lorong menghala ke selatan.

Manakala, lorong menghala ke utara ditutup untuk kegunaan kenderaan kecemasan.