Sebagai satu langkah inisiatif kemanusiaan, kerajaan Jordan telah menyediakan permit kerja kepada pelarian Syria di negara itu untuk mereka memulakan hidup baharu.
Seorang pekerja yang juga pelarian Syria, Sawson, memberitahu, sekadar bantuan percuma bukanlah sesuatu yang diinginkannya lagi.
“Seseorang perlu mempunyai keinginan untuk menyara keluarga dan anak-anak,” kata beliau yang telah menetap di Jordan selama enam tahun.
Tambahnya, walaupun penat bekerja tetapi beliau seronok dengan persekitaran di tempat kerjanya.
Seorang lagi pelarian Syria, Maynoah berkata, "Sebagai wanita, saya berhak memohon pekerjaan dan bekerja.”
Bagi Mariam pula, peluang pekerjaan yang disediakan oleh kerajaan Jordan mampu membuktikan kebolehan seseorang wanita.
Usaha ini turut mendapat perhatian pihak Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).
"Saya memuji usaha yang dilakukan oleh kerajaan Jordan yang menyediakan peluang pekerjaan kepada pelarian Syria,” kata Pesuruhjaya Tinggi UNHCR, Filipo Grandi ketika lawatan rasmi ke Kilang Kain Jerash Germant.
Kerajaan Jordan telah membenarkan permit kerja kepada 88,000 pelarian Syria sejak tahun lalu bagi meningkatkan taraf hidup mereka.
Usaha ini mampu membantu pelarian untuk keluar daripada kem pelarian Zaatari dan menyara keluarga mereka sendiri.
Agensi
Tue Feb 13 2018
Pesuruhjaya Tinggi UNHCR, Filipo Grandi mengadakan lawatan rasmi ke Kilang Kain Jerash Germant. - Foto AP
Perkembangan proses penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon pagi tadi di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Malaysia-China bincang perkukuhkan kerjasama sektor pendidikan
Malaysia dan China membincangkan inisiatif strategik bagi memperluas serta memperkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi antara Kuala Lumpur-Beijing sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.
Perdana Menteri ke Riyadh sempena mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja ke Riyadh, Arab Saudi sempena mesyuarat khas forum sedunia World Economic Forum (WEF) bermula 27 hingga 29 April ini.
Kerajaan Persekutuan kaji cadangan wujud hospital di Pengerang - Azalina
Hospital tersebut akan memudahkan penduduk mendapatkan rawatan memandangkan Pengerang semakin pesat membangun.
AWANI Ringkas: Reformasi gaji di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Kemenangan straight set benarkan Malaysia raih mata pertama dalam aksi peringkat kumpulan saingan Piala Thomas berdepan Hong Kong.
AWANI Pagi: Filem Oppa semai mesej PDRM banteras jenayah scam
Ikuti diskusi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf akan berkongsi mesej disemai PDRM dalam membanteras jenayah scam yang berleluasa ketika ini.
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Jordan sediakan permit kerja, harapan baharu buat pelarian Syria
Kerajaan Jordan menyediakan permit kerja kepada pelarian Syria supaya mereka boleh bangkit daripada zaman kegelapan.