Berita  | Dunia

Kapal angkasa Soyuz gagal berlepas, dua kru selamat

Kapal angkasa Soyuz gagal berlepas, dua kru selamat
Kapsul dilengkapi payung terjun itu kemudian mengalami penurunan cerun balistik dan mengambil masa 34 minit untuk mendarat. -Reuters
BAIKONUR, Kazakhstan: Seorang kosmonaut Rusia dan angkasawan Amerika Syarikat (AS) terselamat selepas kapal angkasa Rusia, Soyuz MS-10 yang dijadual membuat perjalanan ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) gagal berlepas dan menyebabkan pendaratan cemas, semalam.

Agensi Penerbangan Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA) memaklumkan dua orang kru terdiri daripada kosmonaut Alexei Ovchinin dan rakyat AS, Nick Hague, mendarat di sebuah padang rumput kira-kira 400 kilometer dari tapak pelancaran kosmodrom Baikanour selepas kapal angkasa berkenaan mengalami kegagalan beberapa minit sejurus berlepas.
Kedua-dua mereka yang sepatutnya menjalani misi selama enam bulan di ISS dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan dan berada dalam keadaan baik selepas diselamatkan berhampiran bandar Dzhezkazgan.

Menurut NASA, terdapat masalah dengan roket berkenaan antara tahap pertama dan kedua ketika peringkat pemisahan, dan kapsul yang membawa Ovchinin dan Hague terpisah dari roket sebelum menjunam jatuh.

Kapsul yang dilengkapi payung terjun itu kemudian mengalami apa yang digelar NASA, penurunan cerun balistik dan mengambil masa 34 minit untuk mendarat.






Tag: Soyuz MS-10, NASA, AS, Amerika Syarikat, angkasawan, Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa, ISS, kosmodrom Baikanour

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.


* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen