Berita  | Dunia

Keluarga diraja Britain kongsi gambar rasmi Putera Louis

Keluarga diraja Britain kongsi gambar rasmi Putera Louis
Putera Louis dan Puteri Charlotte yang dirakam oleh Kate pada 2 Mei. - Foto Catherine, Duchess of Cambridge/Courtesy of Kensington Palace/Handout via REUTERS
LONDON: Keluarga diraja Britain berkongsi buat kali pertama dua keping gambar rasmi ahli keluarga terbaharu mereka, Putera Louis pada Ahad.

Louis, yang merupakan pewaris kelima takhta Britain, dilahirkan pada 23 April lalu dengan berat 3.83 kilogram.
Kedua-dua gambar tersebut diambil di Istana Kensington oleh Kate sendiri.

Menurut pihak istana, gambar pertama diambil pada 26 April lalu dan menunjukkan Putera Louis berpakaian serba putih sambil bersandar pada bantal.

Foto Putera Louis yang dirakam oleh Kate di Istana Kesington pada 26 April. - Foto Catherine, Duchess of Cambridge/Courtesy of Kensington Palace/Handout via REUTERS

Gambar kedua diambil pada 2 Mei sempena ulang tahun kelahiran ketiga Puteri Charlotte yang merakamkan detik manis Puteri Charlotte mencium adiknya dengan penuh kasih sayang.

Selepas pertukaran undang-undang pada 2013, Puteri Charlotte merupakan puteri Britain pertama yang akan menaiki takhta walaupun mempunyai adik lelaki.

Menurut pihak istana lagi, Putera Louis tidak akan menghadiri majlis perkahwinan Putera Harry dan Meghan Markle yang dijadualkan akan berlangsung pada 19 Mei.