ULAR berbisa spesies many-banded krait bermungkinan menjadi punca asalnya penularan wabak koronavirus yang membawa kepada penyakit berkaitan pernafasan yang merebak di China, sejak akhir Disember tahun lalu.
Lapor CNN, ular yang juga dikenali dengan nama saintifiknya Bungarus multicinctus itu, merupakan spesies ular elapid berbisa yang sering ditemui di selatan China dan Asia Tenggara.
Menurut laporan, para saintis di China telah mengambil sampel koronavirus itu daripada pesakit dan telah menentukan kod genetik virus itu menggunakan mikroskop.
Malah, media tempatan di China melaporkan bahawa virus itu merupakan jenis koronavirus yang baharu dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menamakan virus baharu itu dengan nama, 2019-nCoV.
Selain itu, para saintis juga telah menganalisis kod protein virus itu dan membandingkannya dengan beberapa kod protein haiwan lain seperti burung, ular, landak dan kelawar.
Penemuan kemudian mendapati bahawa kod protein pada 2019-nCoV (jenis koronavirus terkini) adalah paling serupa dengan yang ditemukan dalam badan ular.
Lebih mengejutkan, laporan juga mendapati bahawa ular terbabit sering dijual di pasaran tempatan sebagai makanan eksotik di Wuhan, sekali gus mengaitkannya sebagai punca wabak itu bermula.
Penularan penyakit berkenaan mula dilaporkan pada akhir bulan Disember tahun lepas di Wuhan, dan beberapa kes dilaporkan merebak pantas di China.
Koronavirus telah tersebar ke bandar-bandar lain di China, dengan Beijing dan Shanghai mengesahkan kes pertama mereka pada Isnin.
Kes yang sama turut dikesan di wilayah selatan Guangdong.
BACA: Macau kesan kes pertama koronavirus Wuhan
Beberapa negara lain seperti Thailand, Amerika Syarikat, Jepun dan Korea Selatan turut mengesahkan kewujudan koronavirus di negara mereka selepas individu yang dijangkti virus terbabit masuk ke negara mereka.
BACA: Virus Wuhan pertama dikesan di Amerika Syarikat
Pada Rabu, Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China mengumumkan seramai sembilan terkorban akibat koronavirus, yang menjangkiti melalui saluran pernafasan.
BACA: KKM tingkatkan saringan koronavirus baharu di KLIA - Boon Chye
Dalam pada itu, WHO pada Rabu dilapor masih menangguhkan keputusan pengumuman berkenaan sehingga Khamis bagi menentukan sama ada penularan wabak itu sebagai satu situasi "kecemasan kesihatan awam antarabangsa".
Jelas jawatankuasa kecemasan WHO, mereka masih tidak mempunyai maklumat yang mencukupi untuk membuat keputusan tersebut.
Namun kata Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus, beberapa wakil anggota WHO telah dikerahkan ke China bagi mengumpul maklumat dan mereka dijangka akan membuat kenyataan pada Khamis.
Agensi
Thu Jan 23 2020
Lapor CNN, ular berkenaan yang juga dikenali dengan nama saintifiknya Bungarus multicinctus, merupakan spesies ular elapid berbisa yang sering ditemui di selatan China dan Asia Tenggara. -Foto unsplash
Kakitangan MBAS direman bantu siasatan rasuah berkaitan penyelenggaraan kompleks renang
Seorang kakitangan Majlis Bandaraya Alor Setar direman lima bagi membantu siasatan terhadap dakwaan meminta suapan daripada kontraktor.
Perut bulat bakar juadah unik berbuka puasa
Menu perut bulat bakar yang diolah daripada perut lembu antara hidangan yang menjadi tumpuan pengunjung di Bazar Ramadan Dataran Shahbandar di Terengganu.
Cabaran puasa Diallo
Amad Diallo yang meledak gol kemenangan ketika Manchester United menewaskan Liverpool 4-3 pada suku akhir Piala FA bermain ketika berpuasa.
"Saya berpuasa, Yang Berhormat berpuasa, jadi sabarlah!" - Azalina
"Kalau undang-undang ini tiada, kita takut apa yang berlaku terhadap Sulu dalam negara mungkin berulang kerana negara lain, bidang kuasa lain anggap kita tidak beri reciprocity terhadap kekebalan," jelas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said .
Status kemajuan pembinaan 18 pesawat pejuang FA-50M TUDM capai 26.7 peratus
Status kemajuan terkini pembinaan 18 pesawat pejuang ringan FA-50M bagi Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kini telah mencapai 26.7 peratus, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Pemborong didenda RM10,000 jual ayam melebihi harga maksimum
Padah menjual ayam standard melebihi harga maksimum ditetapkan Oktober tahun lepas, seorang pemborong didenda RM10,000.
Kerajaan tiada rancangan tambat ringgit buat masa ini - Menteri
Kerajaan tidak merancang untuk menambat ringgit pada masa ini, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Matrade kembangkan Pejabat Pesuruhjaya Perdagangan di Paris - Tengku Zafrul
Matrade mengembangkan Pejabat Pesuruhjaya Perdagangan di Paris untuk meningkatkan hubungan perdagangan antara Malaysia dan Perancis, Sepanyol, Portugal dan Monaco.
[TERKINI] 'Tempoh bulan madu hampir tamat' - Sultan Ibrahim
Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, bertitah bahawa kurang dari dua minggu lagi, akan genap dua bulan baginda memegang tampuk ketua negara.
Tiada kompromi ke atas mana-mana pihak langgar hak pekerja
Kerajaan tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana majikan, termasuk parti politik jika berlaku perlanggaran hak pekerja.
TikTok dianggar bernilai ASD100 bilion
Walaupun Bytedance bertegas akan menentang RUU ini jika diluluskan, beberapa kumpulan pelabur di Amerika Syarikat bersedia untuk membelinya.
PKS Malaysia sertai CISMEF, pameran PKS terbesar di China
Malaysia akan menjadi negara hos bersama CISMEF tahun ini dalam usaha mempercepatkan akses pasaran PKS Malaysia di China.
Pilih Malaysia sebagai hab, tembusi pasaran lebih luas - PM
Malaysia punya dasar ekonomi yang jelas dan berupaya sediakan segala fasiliti perniagaan bagi membantu lonjakkan pulangan ekonomi yang baik.
China bidas AS lulus RUU haramkan TikTok
Tindakan meluluskan RUU pengharaman TikTok adalah seperti membuli dan akan kembali 'menggigit Amerika Syarikat' sendiri.
AS lulus RUU haramkan TikTok
Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) yang bersidang pada Rabu meluluskan Rang Undang-undang (RUU) yang mengharamkan penggunaan aplikasi media sosial TikTok yang dibangunan China di negara itu.
'Malaysia jadi pilihan industri semikonduktor global di tengah perang perdagangan AS-China'
Malaysia dilaporkan muncul sebagai destinasi yang tidak dijangka untuk industri semikonduktor global.
Hubungan Malaysia dengan China baik-baik sahaja, kata PM Anwar
Walaupun Malaysia negara kecil, ia berhak menjalin hubungan dengan banyak negara bagi pastikan rakyat dapat manfaat daripada kerjasama itu.
Konflik AS-China: Malaysia negara pemenang pertembungan dua kuasa besar - FT
Siapa untung dalam pertembungan dua kuasa dunia, China dan Amerika Syarikat dalam industri cip global?
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Malaysia perluas hubungan perdagangan: Pastikan pelaksanaan ACFTA, RCEP berjaya
Malaysia berazam untuk memperluas hubungan perdagangan negara dengan memastikan kejayaan pelaksanaan perjanjian ACFTA dan RCEP.