awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jajaran sempadan Malaysia-Indonesia: Malaysia dapat tambahan kawasan 780 hektar - PM Anwar
KKDW nilai cadangan sokongan bagi usahawan profesional buka klinik fisioterapi luar bandar
Dr Akmal masih jalankan tugas Exco Melaka seperti biasa - KM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan India umum lanjutan 'lockdown' sehingga 3 Mei 2020

Agensi
Agensi
14/04/2020
13:52 MYT
Kerajaan India umum lanjutan 'lockdown' sehingga 3 Mei 2020
Menurut Perdana Menterinya, Narendra Modi, kelonggaran akan diberikan kepada sektor pertanian dan golongan yang mendapat upah harian. Foto: Reuters
Kerajaan India mengumumkan lanjutan tempoh perintah berkurung (lockdown) sehingga 3 Mei depan susulan penularan COVID-19.
Menurut Perdana Menterinya, Narendra Modi, kelonggaran akan diberikan kepada sektor pertanian dan golongan yang mendapat upah harian.
Pada masa sama, kelonggaran itu juga hanya akan diberikan kepada kawasan yang tidak mempunyai kes positif COVID-19.
Beliau akui ekonomi negara itu terjejas teruk akibat tempoh lockdown itu namun kehidupan rakyat negara itu adalah lebih berharga.
“Selepas meneliti kesemua cadangan, kami mengambil keputusan Perintah Kawalan Pergerakan di India akan dilanjutkan sehingga 3 Mei 2020.
“Jika akan melihat perintah kawalan pergerakan ini dari segi ekonomi, ia menjejaskan aliran tunai. Kami perlu menanggungnya tetapi nyawa rakyat India lebih berharga,” ujarnya.
BACA: Langgar perintah berkurung, pelancong didenda tulis 'I Am Sorry' 500 kali
Fasa pertama perintah kawalan pergerakan di negara itu selama tiga minggu menyaksikan lebih 9,000 kes positif dengan 339 kematian setakat Selasa.
Kementerian Kesihatan negara itu memaklumkan, tiada kes positif baharu dilaporkan di 25 daerah sejak 14 hari lalu.
BACA: India pertimbang lanjut tempoh 'lockdown' lagi dua minggu
Topic Berkaitan
#India
#lockdown
#Narendra Modi
#Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan