Kemunculan kes dua orang menjadi "Tuhan" dan seorang lagi menjadi "Saiton" menarik perhatian media di Indonesia sehingga dijadikan topik-topik perbincangan dalam siaran radio dan televisyen tempatan.
Kes pertama ialah seorang lelaki di Banyuwangi, daerah Sukabumi di Jawa Barat yang bernama "Tuhan".
Tuhan, 42, seorang tukang kayu di kampung dan secara tiba-tiba menjadi popular apabila terdapat pihak yang menyebarkan kad pengenalan dan gambarnya dalam laman-laman media sosial.
Ayah kepada dua orang anak itu menyifatkan nama beliau sebagai unik dan mendakwa nama itu diberikan oleh orang tuanya atas nasihat seorang yang alim.
Isteri Tuhan, Husnul Khatimah, berkata beliau tidak pernah bertanya kenapa nama suaminya begitu dan semasa menikah tiada sesiapapun pertikaikan nama suaminya itu yang dipanggil Han.
Setelah nama Tuhan menjadi isu, Majlis Ulama Indonesia (MUI) tampil memberi nasihat agar Tuhan menukarkan namanya atau sekurang-kurangnya menambahkan nama "Hamba" supaya namanya menjadi "Hamba Tuhan".
Ketua MUI Banyuwangi, Achmad Yamin berkata, adalah lebih baik nama itu diganti ataupun menambah namanya kerana manusia tidak boleh dipanggil Tuhan dan menimbulkan kontroversi.
Katanya MUI juga berharap jabatan kerajaan yang berkaitan dengan pendaftaran nama seharusnya turut menasihati masyarakat mengenai pemberian nama kepada anak-anak mereka.
Tuhan bagaimanapun enggan menukarkan namanya walau dinasihati MUI kerana menganggap ia sebagai sesuatu yang istimewa.
"Saya tidak akan mengganti nama saya, kan itu pemberian orang tua. Selain itu, jika ganti nama, maka semua dokumen juga harus ganti seperti KTP (kad pengenalan), surat nikah, ijazah, dan surat-surat lainnya," katanya.
PENGANGGUR YANG MENGANGGAP DIRINYA TUHAN
Kes kedua juga berlaku di Sukabumi. Seorang lelaki yang mengaku dirinya sebagai Tuhan dan memperkenalkan satu ajaran sesat dengan mendera para pengikutnya secara fizikal dan mental.
Di Kampung Gunungkarang, Sukabumi itu seorang penganggur yang dikenali sebagai Indra Okta Permana, 35, atau digelar Raden berjaya mempengaruhi penduduk kampung itu untuk menyembah matahari dan mengiktiraf dirinya sebagai Tuhan.
Beliau juga mengarahkan pengikutnya membakar Al-Quran, jangan bersolat dan menganjurkan majlis bertaubat dengan memukul dan memijak kepala mereka.
Bagaimanapun apabila tindakannya itu didapati melampau, penduduk akhirnya menangkap Raden dan menyerahkannya kepada pihak berkuasa.
Ketua Siasatan Jenayah Polis Sukabumi Kota, Sulaeman Salim dipetik oleh media sebagai berkata, setelah disoalsiasat Raden mengaku dirinya sebagai Tuhan dengan meminta penganutnya itu untuk menyembah matahari dan tidak menjalankan ibadah solat.
Raden berasal dari Tangerang sebelum itu dikatakan berkunjung ke rumah seorang penduduk yang dikenali sebagai Agus Wahyudin dan didakwa memberi mereka meminum sejenis air.
Selepas meminum air itu, lima anggota keluarga berkenaan termasuk dua wanita terus mengikut sahaja arahan Raden sehingga menyertai upacara ritual iaitu membakar Al-Quran dan membiarkan diri dibelasah oleh lelaki terbabit.
Raden mendakwa Tuhan berada dalam jiwa manusia dan kehidupan ini tidak memerlukan sebarang kitab suci kerana ia menyesatkan manusia.
SYAITAN PULA NAMANYA
Kes ketiga pula ialah terdapat seorang lelaki di Palembang, Sumatera Selatan yang kini hidup dalam dilema kerana namanya ialah Saiton.
Saiton, 39, adalah seorang guru dan tinggal di kawasan Perumahan Taman Mekarsari, Palembang dan beliau mengharungi hidup seperti biasa walaupun tahu namanya tidak sedap dipanggil kerana dalam sebutan bahasa Indonesia ianya bermaksud "syaitan".
Katanya, menurut keterangan ibu bapanya ketika beliau diberikan nama Saiton, kedua-dua orang tuanya tidak menyedari ia membawa maksud "syaitan" namun setelah menyedarinya mereka cuba menukarkan nama itu setelah dia berusia tiga tahun.
Beliau berkata, setelah nama itu ditukar beliau mengalami sakit yang teruk dan berdasarkan kepercayaan orang dahulu nama baharunya mungkin tidak sesuai dan disebabkan itu namanya dikekalkan sebagai Saiton.
Bernama
Sat Aug 29 2015
Tuhan, 42, seorang tukang kayu di Banyuwangi, daerah Sukabumi di Jawa Barat. - Gambar detik.com
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
Kisah dua orang 'Tuhan' dan seorang 'Saiton' menarik perhatian media
Kemunculan kes dua orang menjadi "Tuhan" dan seorang lagi menjadi "Saiton" menarik perhatian media di Indonesia.