Korea Selatan akan menyerahkan empat mayat warganegara Korea Utara pada Khamis melalui laluan wilayah Panmunjom.

Kenyataan tersebut dikeluarkan Seoul pada Rabu.

Pada 7 Januari lalu nelayan Korea Selatan menemui kapal kayu terbalik di perairan berhampiran Pulau Ulleung, 120 kilometer dari pantai timur, Seoul dan menemui empat mayat yang dikenal pasti sebagai warganegara Korea Utara.

Seoul kemudian telah menggunakan saluran komunikasi di wilayah Panmunjom, yang baru dipulihkan Korea Utara minggu lalu selepas sekatan selama dua tahun.

Sebelum ini, Seoul meminta bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menghubungi Korea Utara agar menyelamat dan mengambil semula nelayan mereka yang ingin pulang atau mayat warganya yang ditemui di laut.