KUALA LUMPUR: Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah dilantik sebagai Pusat Tumpuan Negara Erasmus+ Malaysia dan pada masa sama, melancarkan Hab Malaysia Erasmus+ sewaktu penganjuran Perbincangan Meja Bulat Duta-Duta 2024 di Pejabat Antarabangsa UTM pada Rabu.
Kenyataan UTM memaklumkan Hab Malaysia Erasmus+, yang beroperasi di UTM Kuala Lumpur, bakal menjadi pusat perbincangan dan maklumat sehenti bagi semua perkara berkaitan Hab Malaysia Erasmus+.
"Ia bermatlamat untuk meningkatkan kerjasama antara universiti dengan para diplomat di Malaysia yang mampu memberi bimbingan dan panduan kepada pihak yang berada dalam sektor pendidikan tinggi," menurut kenyataan itu.
Naib Canselor UTM Profesor Datuk Dr Ahmad Fauzi Ismail berkata beliau berbesar hati atas pemilihan universiti itu sebagai Pusat Tumpuan Negara Erasmus+ Malaysia oleh KPT dan menjangkakan pengukuhan kerjasama dua hala di peringkat nasional dan antarabangsa.
Beliau berkata buat masa ini, UTM menerajui empat tindakan Pembinaan Kapasiti dalam Pendidikan Tinggi (CBHE) yang menyokong projek usaha sama antarabangsa melalui kerjasama yang melibatkan pelbagai pihak dengan 23 universiti dari sembilan negara menerusi pelbagai inisiatif Erasmus+.
"Kami mengalu-alukan Naib-Naib Canselor dan Pejabat Antarabangsa Universiti untuk menjalinkan kerjasama bagi meningkatkan keterlihatan dalam pelbagai inisiatif Erasmus+ menerusi usaha sama dengan universiti terkemuka di seluruh dunia," katanya.
Dengan hampir 5,000 pelajar antarabangsa, UTM mengakui akan kepentingan mengekalkan komunikasi rapat dan berterusan dengan para duta di Malaysia serta memperkukuh, merancakkan dan memperkasa institusi pendidikan tinggi Malaysia ke arah mencapai kesohoran global.
Bertemakan 'Wadah Penyelesaian Inovatif Transformasi Globalisasi dalam Pendidikan Tinggi, perbincangan meja bulat itu dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mustapha Sakmud.
Duta Besar dan Ketua Delegasi Kesatuan Eropah ke Malaysia Michalis Rokas bersama-sama 18 duta, Naib-Naib Canselor dan wakil dari pejabat antarabangsa universiti di seluruh Malaysia adalah antara 150 peserta yang menghadiri acara itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 25 2024
UTM mengadakan Perbincangan Meja Bulat Duta-Duta pada 24 April lalu di Majestic 2, Aras 3, Majestic Hotel Kuala Lumpur, dirasmikan oleh Mustapha (duduk, tengah). - Facebook UTM
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
UTM terima 97 pelajar perintis Fakulti Kecerdasan Buatan
UTM hari ini menerima 97 pelajar yang telah mendaftar untuk mengikuti pengajian di Fakulti Kecerdasan Buatan (FAI) bagi pengajian Sarjana Muda Sepenuh Masa, sesi akademik 2024/2025.
Lapan struktur haram atas tanah UTM diroboh
Sebuah kandang ternakan antara lapan struktur binaan yang dirobohkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam operasi yang dijalankan.
Fakulti Kejuruteraan Mekanikal UTM tekad lahir lebih ramai graduan STEM
Bagi mencapai hasrat itu, pelbagai program diadakan termasuk mencipta rekod MBOR baharu sempena Mechanical Open Day and Exhibition 2024.
UTM lonjak 76 anak tangga dalam ranking universiti Asia
UTM berada pada kedudukan ke-85 tahun ini berbanding ke-161 tahun sebelumnya dalam Ranking Universiti Asia Times Higher Education 2024.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Fakulti AI UTM dijangka dirasmikan 3 Mei depan
Penubuhan Fakulti Kecerdasan Buatan (AI) di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dijangka dirasmikan pada 3 Mei depan.
KPT kerjasama dengan UTM bangunkan fakulti AI pertama - Zambry
Kementerian Pendidikan Tinggi dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia sedang membangunkan Fakulti Kecerdasan Buatan (AI) pertama di Malaysia.
UTM terajui SDG 7 di peringkat global, kekal tangga teratas untuk SDG 9 di Malaysia
UTM telah menunjukkan peningkatan cemerlang dengan empat SDG berada pada ranking 100 Teratas: masing-masing SDG 7 (#1), SDG 9 (#39), SDG 4 (#70), adan SDG 16 (#96).
Siap siaga bencana alam, komuniti setempat perlu diperkasakan
Kesiapsiagaan bencana alam harus diperkasakan dari peringkat akar umbi termasuk komuniti setempat seperti barisan pengurusan di peringkat ketua kampung dan penghulu.
PRU15: UTM sedia 43 bas bantu penghantaran 1,600 pelajar pulang mengundi
Usaha itu adalah bagi membantu pelajar pulang ke kampung halaman masing-masing bagi menunaikan tanggungjawab mengundi.