Kerajaan Korea Selatan bercadang untuk menghantar pesawat yang disewa ke Wuhan, China bagi membawa pulang rakyat negara itu.
Perdana Menterinya, Chung Sye-kun memaklumkan, rakyat negara itu yang kini berada di Wuhan memohon pertolongan kerajaan untuk membawa mereka pulang.
Rakyat Korea Selatan turut menegaskan kerajaannya bertanggungjawab untuk melindungi rakyatnya walaupun mereka berada di luar negara.
“Kerajaan akan menghantar pesawat yang disewa pada 30 dan 31 Januari ini bagi membawa pulang rakyat kami yang kini berada di Wuhan, China.
“Kerajaan China sudah menyekat perjalanan keluar masuk di Wuhan dan beberapa bandar lain. Susulan itu, penduduk Korea Selatan sudah memohon bantuan kerajaan.
“Kami akan menjalankan tanggungjawab kami demi melindungi rakyat kami di luar negara,” katanya dalam satu sidang media pada Selasa.
BACA: Saintis Amerika Syarikat siasat struktur koronavirus, 99 peratus menyerupai SARS
BACA: Dua lagi kes baharu disahkan di Singapura
Jelas Chung, apabila sudah dibawa pulang ke Korea Selatan, usaha kuarantin akan dikukuhkan demi menghalang penularan wabak itu.
Pada masa sama, kerajaan Korea Selatan juga akan menghantar bekalan topeng muka ke China untuk menjaga hubungan baik antara dua negara.
Dalam perkembangan berkaitan, kerja-kerja membersih dan pembasmian kuman giat dijalankan di beberapa stesen kereta api di Seoul pada Selasa.
Di stesen kereta api Gwanghwamun di Seoul, pekerja yang bertugas membersihkan dan mengelap beberapa alat di stesen tersebut bagi mengelakkan penularan coronavirus.
BACA: KKM masih tunggu keputusan ujian makmal ke atas tiga warga China
Korea Selatan termasuk Jerman, Thailand, Taiwan, Jepun, Vietnam, Singapura, Malaysia, Nepal, Perancis, Kanada, Australia, Sri Lanka dan Amerika Syarikat telah mencatatkan kes jangkitan yang berasal dari China.
Angka kematian di China akibat penularan wabak koronavirus terus meningkat kepada 106 orang.
Agensi
Tue Jan 28 2020
Rakyat Korea Selatan turut menegaskan kerajaannya bertanggungjawab untuk melindungi rakyatnya walaupun mereka berada di luar negara. - Gambar fail/REUTERS
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Rumah Terbuka Selangor Sabtu ini
Majlis akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, juadah menarik serta persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air.
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Koronavirus: Korea Selatan hantar pesawat ke Wuhan bawa pulang rakyatnya
Kerajaan Korea Selatan bercadang untuk menghantar pesawat yang disewa ke Wuhan, China bagi membawa pulang rakyat negara itu.